tab

Sunday, August 29, 2010

Memburu Malam Yang Indah di Bulan Yang Penuh Berkah


Assalamualaikum Nisa' semua

Sedar tidak sedar kita semakin menghampiri kepada 10 Ramadhan yang terakhir.Bagi mereka- mereka yang sentiasa beramal dan meningkatkan amalan di bulan yang mulia ini,pasti tidak mahu ketinggalan untuk mengakhiri ramadhan ini dengan memburu lailatul qadar, satu malam gilang-gemilang yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Malam yang begitu agung dalam kerajaan langit sehingga diabadikan dalam suatu surah al-Quran yang khusus untuk mengisytiharkan keistimewaannya iaitu surah al-Qadr.

Bagi mereka yang sentiasa menjadikan urusan amal ibadah sebagai tumpuan perhatian dan kebimbangan mereka, inilah satu tawaran istimewa daripada Allah SWT .

Sangat malanglah bagi seorang hamba yang dikurniakan hadiah begitu berharga daripada Tuhannya sendiri tetapi tidak mengendahkannya atau tidak menerimanya dengan baik.

Memang lailatul qadar adalah suatu hadiah atau anugerah bagi umat ini. Para ulama meriwayatkan pelbagai riwayat bagaimana lailatul qadar dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW kerana mengambil kira jangka hayat umat ini yang jauh lebih pendek berbanding umur umat sebahagian nabi-nabi terdahulu.

Jadi marilah kita sama-sama berusaha untuk terus beramal dipenghujung Ramadhan ini.

Antara TIPS bagi memburu lalilatul qadar

  1. Sediakan diri kita untuk menghidupkan malamdengan ibadah, sejak daripada waktu siang lagi.
    Kurangkan atau jauhkan diri daripada membuat perkara yang sia-sia. Perbanyakkan amalan yang mendekatkan diri dengan Allah seperti zikir dan tadarus Al Quran. Tidur sebentar (khailullah) pada waktu siang dengan niat untuk memudahkan kita bangun di malam hari. Apabila persediaan dimulakan bermula di siang hari lagi, maka dengan izin dan rahmat kasih sayang Allah swt, Dia akan permudahkan kita untuk bangun tahajud kerana niat telah pun dipasang sejang di awal hari lagi.
  2. Baca buku yang mengandungi kelebihan-kelebihan Lailatul Qadar.
    Seelok-eloknya, bacakan buku ini kepada orang lain. Dan sekiranya tidak, bacalah dengan suara yang agak kuat untuk diri sendiri. Lebih banyak kita yakin terhadap janji-janji Allah dalam sesuatu amalan, maka semakin kuatlah diri kita untuk menanggung segala kesusahan sewaktu menjalani ibadah tersebut. Buku yang sangat disyorkan ialah Kitab Fadhilat Ramadhan, karangan Sheikhul Hadis Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya (rah.a)
  3. Ceritakan kepada orang lain mengenai kelebihan-kelebihan Lailatul Qadar.
    Selitkan dalam perbualan harian kita tentang kisah-kisah kelebihan Lailatul Qadar. Ceritakanlah kelebihan malam ini kepada orang lain, meskipun kita sendiri masih belum mempunyai kekuatan untuk bangun tahajud di tengah malam. Mudah-mudahan, dengan banyaknya kita menceritakan / mendakwahkan kelebihan malam ini, Allah swt akan beri kita kekuatan untuk bangun pada malam tersebut.
  4. Ceritakan kepada anak mengenai qiamulail / tahajud / lailatul qadar.
    Tidak kisahlah berapa pun umur anak itu, tidak kira samada dia dapat memahaminya atau pun tidak, kerana niat kita, adalah untuk memperbaiki diri sendiri. Saya telah mencuba tips ini. Saya telah ceritakan tentang kebihan tahajud kepada Nabilah yang baru berusia 3 tahun++, dan dia sendiri telah bangun di malam hari. Membentang sejadah, dan duduk berdoa di atasnya. Allahuakbar!! Malu betul, kalau anak boleh tahajud, tapi mak masih tidur :P
  5. Berniatlah sebelum tidur untuk bangun tahajud.
    Tidak pernah rugi, apabila kita memasang niat yang baik. Seandainya, kita terlepas daripada mengerjakan sebarang amalan pada malam tersebut, Allah swt telah pun memberikan kita pahala tahajud kerana niat kita tadi. (Fadhilat ini ada diceritakan dalam hadis)
  6. Untuk yang istiqamah mengerjakan witir selepas terawih/sebelum tidur, anjakkan waktu witir selepas waktu tahajud.
    Disebabkan kita yang telah biasa menutup segala ibadah kita dengan witir, tetapi belum lagi melakukannya sebelum tidur, maka kita akan termotivasi untuk bangun di malam hari meskipun hanya untuk mengerjakan satu rakaat solat witir.
  7. Peruntukkan 10 malam terakhir ini untuk iktikaf di masjid (bg lelaki).
    Jika kita baca kelebihan-kelebihan iktikaf, sememangnya kita mengakui bahawa ia adalah yang dikatakan oleh Allah swt sebagai “ajrun a’zimun” (ganjaran yang sangat besar). Bila Allah swt kata, “a’zimun“, maka kita tidak dapat bayangkan betapa besar pahala yang Allah swt telah sediakan untuk amalan ini. Bagi wanita pula, jangan bersedih, kita boleh berniat iktikaf di rumah. Dan insyaAllah, pahala akan berganda, bila kita dapat galakkan suami kita untuk iktikaf di masjid. (sumber : http://anakkusoleh.com)
Wallahua'lam


No comments:

Post a Comment