tab

Sunday, November 13, 2011

SPM 2011 Penentu Hala Tuju




Assalamualaikum...

Nisa' Perak berbesar hati mendedikasikan ucapan Selamat menjalani peperiksaan SPM buat  adik- adik dan semua para calon SPM 2011 di seluruh Perak... 
Buat yang terbaik untuk diri, ibu bapa, agama dan sebagainya.. 
Mudah-mudahan kejayaan anda adalah kejayaan untuk ISLAM pada masa akan datang..
Golongan yang berusia dalam perjuangan ISLAM akan pergi, maka kalianlah pengganti mereka.. Justeru, persiapkan diri kalian untuk bekerja untuk ISLAM..
Semoga Berjaya !

Sunday, November 6, 2011

Cinta Mesti Dibuktikan Dengan Pengorbanan



Muqaddimah 

         Setiap kali datangnya bulan Zulhijjah, terdapat dua ibadah yang dituntut dalam Islam. Peratamanya mengerjakan haji, kedua melakukan korban. Bercakap tentang korban, ia tidaklah dwajibkan seperti haji termaktub dalam Rukun Islam. Binatang ternakan akan dikorbankan sebagai satu amalan "sunat muakkad" yang dituntut kepada mereka yang berkemampuan. Sunnah korban yang dilakukan sebagai mengimbau kembali peristiwa yang berlaku kepada nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S.

                Kedua-dua beranak ini menjalankan arahan Allah, walalupun nabi Ibrahim terpaksa mengorbankan anaknya nabi Ismail AS. Perbuatan yang dilakukan sebagai satu pengabdian diri kepada Allah SWT seperti dalam surah al-Saaffat 37: 107 “ Dan kami tebuskan anak itu dengan seekor sembelihan yang besar”.  Setelah nyata kesabaran dan ketaatan Nabi Ibahim A.S dan Nabi Ismail A.S. maka Allah SWT melarang menyembelih Nabi Ismail A.S. Untuk meneruskan korban , Allah  menggantikannya dengan seekor sembelihan  (kambing). Peristiwa ini menjadi dasar disyariatkan korban pada hari raya haji dan hari tasyrik.

               Daripada sini kita memahami bahawa pensyariatan qurban ialah satu ibadah untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT tanpa apa-apa keraguan. Walaupun Allah SWT ,memerintahkan nabi Ibahim menyembelihkan anaknya, maka lantas ia melakukan tanpa apa-apa  keraguan untuk melaksanakannya. Justeru itu apabila kita mengingatkan peristiwa qurban bukan hanya berbangga dengan berberapa ekor binatang yang disembelih, tetapi lebih kepada pengahayatan semula terhadap konsep korban yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail A.S.

               Jika sekiranya Nabi Ibrahim AS menyembelih anaknya kerana arahan Allah SWT, maka kita sebagai pengikut agama tauhid seperti yang diajar oleh Nabi Ibrahim AS maka menjadi kewajipan kepada kita untuk menghayati falsafah korban dalam konteks perjuangan Pas untuk menegakkan Islam dan keadilan sejagat.  Justeru itu dalam konteks perjuangan ia tidak boleh memakai kaedah logik dan akal semata-mata, tetapi ia mesti berpandukan kepada wahyu Allah SWT. Sembelih anak ini bukan perkara logik, tetapi nabi Allah Ibrahim A.S melaksanakan kerana ini arahan Allah SWT. Justeru itu renungan kita sebagai pejuang, di mana Allah SWT tidak memerintahkan kita menyembelihkan anak, tetapi hanya untuk berkorban apa sahaja untuk Islam dan demi kelangsungan perjuangan agama Allah SWT.



Tidak disebut perjuangan kalau tanpa pengorbanan. Kerana Islam tidak akan menang kalau tidak ada pengorbanan di kalangan para Rasul dan Nabi-Nabi A.S. Merekalah orang yang paling banyak diuji oleh Allah SWT.


Sabda Rasulullah SAW, Bermaksud
“Orang yang paling dahsyat menerima ujian adalah para nabi, kemudian orang yang seumpamanya”


Dalam konteks kedatangan Islam di negara kita, Islam sampai melalui pengorbanan yang dilalui oleh mereka yang terdahulu mengharungi lautan dan ombak badai yang memukul perjalanan mereka. Kerana Islamlah, mereka sanggup bekorban apa sahaja.


Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Yang Sedia Bekorban Untuk Islam. 
  • Menjauhkan diri dari melakukan maksiat sama ada yang besar atau yang kecil kerana ini merupakan penghalang besar untuk menjadi pejuang.
  • Memberikan perhatian mengenai sunnah perjuangan Islam adalah payah. Bukan di hampari dengan permaidani merah.
  • Bersedia untuk berhadapan dengan halangan
  • Sentiasa mendampingi orang soleh dan berjiwa besar
  • Sentiasa mengkaji dan merujuk buku-buku sirah
  •  Sentiasa mengingati mati dan siksa kubur
  • Sentiasa mengingati syurga dan neraka ini adalah balasan terakhir manusia
  • Melakukan muhasabah keatas diri dan mengkaji setiap masa
  • Keinginan diri sendiri untuk mempertingkatkan kerja dakwah. Mesti merasakan kita boleh seperti orang lain boleh.
  • Merasa diri bersalah dengan Allah apabila melihat kemungkaran dan kezaliman bermaharajalela.


Kesimpulan

       Konsep pengorbanan perlu dihayati oleh setiap  muslim khususnya para dai'e yang mengaku berjuang di jalan Allah. Walaupun bulan korban sudah hendak meninggalkan kita, semoga keberkesanan akan dapat dilihat dalam diri, keluarga & ummah apabila kita benar-benar menghayati falsafah korban.


Akhir kalam, kami dari seluruh pimpinan Nisa' Perak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua ahli dan sahabat-sahabat Nisa' Perak. Semoga kita mengambil pengajaran di sebalik erti pengorbanan dan menghayatinya dalam kehidupan seharian. InsyaAllah.





~ Nukilan oleh Ustaz Haji Idris bin Haji Ahmad ~
Disunting dari dari blog : u-jam.blogspot.com ~


Friday, October 28, 2011

BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT)

O

Assalamualaikum!!

Semua Ahli Nisa' Perak dijemput hadir Ke BENGKEL TRAINING OF TRAINERS anjuran Unit Kebajikan & Kaunseling Nisa' Perak yang akan diadakan pada
 12 Nov (Sabtu) pada jam 8.30pg-4ptg. Di Dewan Seruan Islam, Ipoh. 
SETIAP NISA KAWASAN DIMINTA MENGHANTAR 5 WAKIL(Lebih ramai lagi baik). 
Yuran hanya RM5(kos makan). 

Penceramah Jemputan Khas bakal mengisi Slot-slot yang pasti meningkatkan keyakinan anda untuk berhujjah! JOM HADIR BERAMAI-RAMAI !! 

Untuk maklumat lanjut, hubungi Ketua Unit Kebajikan & Kaunseling Nisa'Perak di talian 014-8676480 . Terima Kasih. 

Tuesday, October 4, 2011

Semoga Berjaya PMR 2011







Assalamualaikum,
Buat adik-adik bakal menduduki & menghadapi Peperiksaan PMR bermula hari ini, kami dari Nisa' Perak mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan dengan tenang dan yakin. Kami doakan semoga mendapat keputusan cemerlang. Doa banyak-banyak setelah kita berusaha....InsyaAllah kejayaan bersama-sama kita..amin Ya Rabb :)

Mutiara kata ~ "Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan"

Jadi , BerUSAHAlah untuk mencapai yang terbaik. InsyaAllah.

Monday, September 12, 2011

Selamat Menduduki UPSR 2011



Buat adik-adik yang bakal menghadapi Peperiksaan UPSR 2011  pada esok hari semoga dapat menjawab soalan  dengan tenang dan buat sehabis baik!! Ingat jangan gopoh apabila mendapat kertas soalan...mulakan dengan Bismillah dan baca arahan soalan dengan teliti.... Semoga berjaya dari warga Nisa' Perak buat adik-adik semua.... Semoga Allah mudahkan urusan adik-adik ya..
Datang dengan harapan, pulang membawa kejayaan, InsyaAllah......Amin.....(^_^) 

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri 1432H

Salam Penghujung Ramadhan.
Kepada semua sahabat2, kami dari pimpinan NISA' Negeri Perak dan Peringkat Kawasan ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri 1432 :) semoga Allah sentiasa merahmati kita semua. Mari raikan Syawal dengan kesyukuran..

Friday, July 29, 2011

Checklist Persediaan Menghadapi Ramadhan


ramadhan
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.
Tidak lama lagi kita bakal menyambut Ramadhan al Mubarak. Bersediakah kita?
Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya. Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan.
Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya. Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain.
Allahumma Ballighna Ramadhan - merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang soleh bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.
Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini. Janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita.
Mari kita rebut peluang ini!
  • Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh.
  • Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.
  • Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.
  • Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala :)
  • Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan
  • Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan
  • Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan.
  • Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan
  • Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan diatas
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan.
Saudara yang mulia, bagaimanakah kita?