tab


Monday, November 2, 2009

Himpunan Muslimat


HIMPUNAN MUSLIMAT ONE BLACK PERAK

Alhamdulillah, Himpunan Muslimat One Black Perak telah selamat berlangsung dengan jayanya di Dewan Ing Hua, Ayer Tawar pada 24 Oktober 2009.

Datin Fatimah Taat bersama Pemimpin Muslimat Perak


Himpunan One Black Perak adalah bertujuan untuk menyatakan sokongan muslimat Perak untuk membubarkan Dun di Negeri Perak ini yang berpunca dari tindakan kerajaan pusat merampas kuasa kerajaan Negeri Perak yang sebelum ini diterajui oleh Pakatan Rakyat. Kini, peralihan kuasa di negeri Perak dari Pakatan Rakyat ke Barisan Nasional adalah tindakan yang haram kerana telah sejelas-jelasnya melanggar Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Oleh itu, Dun di Perak sememangnya wajar dan wajib dibubarkan agar rakyat dapat membuat keputusan dan memilih pemimpin yang mereka inginkan. Dan ternyata itulah cara yang adil dan mengikut peraturan.

Kehadiran pimpinan2 Pakatan Rakyat, ahli2 dan kelab penyokong dari serata pelusuk negeri jelas menggambarkan bertapa besarnya harapan agar keadilan akan tertegak. Walaupun terdapat sedikit halangan dengan kehadiran ramai
"Sahabat Baik" dan anggota polis, ia tidak sedikitpun melunturkan semangat Muslimat. Tambahan pula himpunan ini adalah himpunan yang telah diluluskan. Tiada asbab untuk menganggu majlis ini. Selaku muslimat2 yang telah ditarbiah dengan sebaiknya, layanan yang baik turut diberikan buat mereka. Walaupun hati yang terluka masih belum sembuh. Apepun terima kasih juga atas kehadiran mereka.



InsyaAllah, usaha Muslimat tidak akan berhenti disini. Bahkan himpunan Muslimat ini lebih meningkatkan kesedaran dan kekuatan untuk Muslimat terus bergerak. Apapun, selaku muslimat yang faham tentang erti perjuangan ini, sama-samalah kita betulkan niat agar segala usaha kita mendapat redha dariNya. Mudah-mudahan berkat doa ibu-ibu mithali, isteri-isteri mithali, anak-anak solehah pada himpunan Muslimat tadi diperkenankan olehNya.

Pimpinan Muslimat Pusat , Hjh Zailah dan Dr. Mariah bersama turut serta memberi sokongan padu dan semangat kepada muslimat Perak untuk teruskan usaha untuk memantapkan gerakerja pilihanraya apabila DUN dibubarkan kelak.


SELAMAT BERJUANG !!!

No comments:

Post a Comment