tab


Friday, May 8, 2009

Nisa' Perak Johan

Nisa' Indoor Games (NIG 2009)
Tahniah Nisa' Perak !!!
Johan Keseluruhan - Nisa' Indoor Games Peringkat Kebangsaan
Pada 25 April yang lalu, Bertempat Dewan Jubli Perak Bangunan Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor, Nisa' Malaysia telah menganjurkan Nisa' Indoor Games (NIG 2009) yang telah disertai oleh 14 buah negeri di dalam Malaysia dan disertai oleh 662 orang peserta. Program sehari itu dimulakan dengan perarakan dari kontigen yang mengambil bahagian dengan penuh meriah dan tradisi bersama dengan tag line masing-masing.

8 permainan rakyat telah dipertandingan iaitu Dam Haji, Dam Ular, Congkak, catur bagi kategori individu , Karem, dart dan batu seremban kategori berkumpulan untuk wanita 15 - 25 tahun dan kategori 26- 40 tahun. Pertandingan dibuka kepada ibu bapa, kanak-kanak dan sesiapa yang hadir bagi kategari umum.



Kontijen Perak telah menghantar 33 orang pemain bagi setiap kategori. Juara Keseluruhan Pertandingan disandang oleh Negeri Perak , dengan Tagline PULON YONG PULON.. Semangat Baru.. Boleh.. boleh.. boleh.. Perak No. 1... TAHNIAH KONTIGEN PERAK. Perak berjaya meraih 5 pingat Emas, 1 Pingat Perak dan 2 Pingat Gangsa...

Majlis penutup menjadi kemuncak acara yang dirasmikan oleh Dr Halimah, Exco Selangor. Pastinya Nisa' Indoor Game menjadi kenangan yang indah buat peserta yang menyertainya, kerana mempunyai kelainan dan kemeriahannya yang tersendiri.




Sekalung Penghargaan Buat DMPN Perak, JPN Perak, Tifahmie Markerting, Nisa' Kawasan dan individu yang sudi memberi sumbangan bagi melancarkan perjalanan Nisa' Perak dalam Program NIG kali ini.

TERIMA KASIH & TAHNIAH BUAT SEMUA !!!!

No comments:

Post a Comment