tab

Sunday, May 10, 2009

Group Binding Nisa' Lumut

Pada 10 Mei 2009 MT Nisa' Perak terdiri daripada , Haliza , Juliana dan Mazleen telah dijemput untuk melaksanakan program group binding Nisa' Lumut. Ketua Nisa' Lumut , Roslina bersama dengan jawatankuasanya telah berjaya mengumpul ahli-ahli nisa' bagi menjayakan program tersebut.

Kami mulakan program dengan ICE BREAKING. Berkenalan dengan ahli-ahli di dalam kumpulan. Untuk mengikat tautan hati dan mantapkan Ukhuwah Fillah.. mesti bermula dengan taaruf dan berkenal kenalan.. Sempat Bersama berkenalan dengan pimpinan Nisa' Lumut yang baru bagi sessi 2009-2011.

Sesi Taklimat dan penerangan berkenaan dengan Nisa dimulakan.. Walaupun ada sedikit masalah laptop yang telah diserang virus.. penerangan berkenaan dengan nisa' dapat diteruskan..'The latest Slide show' tentang aktiviti yang dilaksanakan oleh nisa' tidak dapat dipaparkan.. Kuiz berkenaan dengan nisa' dapat dijawab dengan baik oleh ahli-ahli nisa'... Peserta yang hadir memberi respon yang positif dan aktif dalam mengambil bahagian.

Dalam Slot Games Menara impian, peserta telah membina menara impian yang sangat menarik, kreatif dan mempunyai falsafah yang tersendiri yang menunjukkan kematangan dalam hala tuju nisa' pada masa hadapan.. Tahniah diucapkan..


Satu keistimewaan yang dapat dilihat, kaum ibu dan muslimat memberi sepenuh sokongan moral terhadap program nisa' ... Syabas!!!

Sekalung penghargaan buat nisa' ipoh timur kerana turut membantu menjayakan program group binding pada kali nie.. Syukran..

4 comments:

Mr Lee said...

Very pleased to come here.Your blog gives us a good feeling.Nice to meet you.Look forward to communicating with you.We want to invite you to our blog at any time you want.
Have a wonderful day!

http://www.china-cutter.blogspot.com/

Nisa' Perak said...

TQ visited our blog.. come again for the latest information.. nice to meet you...

nur said...

kalau ada sumur diladang,
boleh kami menumpang mandi,
kalau ada umur panjang,
Nisa Lumut nak jemput lagi.

leenadawiyah said...

Insyallah...Semoga berjumpa lagi...

Kita tunggu siapa pimpinan baru nisa'
selepas mesyuarat Agung nanti...

Post a Comment