tab


Saturday, December 27, 2008

Nisa' Indoor Games 2008

NISA' INDOOR GAMES 2008 PERINGKAT NEGERI PERAK

Alhamdulillah, Syukur ke hadarat ILLAHI, Nisa’ Indoor Games 2008 Peringkat Negeri Perak telah berjaya dilaksanakan pada 21 Disember 2008 di Kawasan Berbumbung Taman Dr. Seenivasagam Ipoh Perak. Nisa' Games ini diadakan bertujuan untuk mendidik masyarakat ke arah gaya hidup sihat dan menghidupkan kembali permainan-permainan tradisional yang semakin lupus ditelan zaman. Selain itu program ini dapat mengeratkan hubungan siraturahim antara ahli-ahli Nisa' seluruh perak dan masyarakat sekeliling.



Pelbagai acara menarik telah dipertandingkan yang disertai oleh seluruh lapisan masyarakat yang terdiri daripada kanak-kanak, remaja dan dewasa. 15 kawasan telah menghantar wakil peserta bagi setiap permaianan dan ada penyertaan dari orang persoarangan yang berada disekitar taman DR. Antara acara tersebut ialah Catur, Dam Haji "Gergasi", Dam Ular "Gergasi", Karom, Batu Seremban, Ceper dan Congkak. Kesemua Acara mendapat sambutan hangat dan permainan Dam Ular “Gergasi” dan Dam Haji "Gergasi" berjaya menarik perhatian orang ramai.












Nisa' Indoor Games ini telah berakhir dengan ucapan perasmian penutup dan penyampaian hadiah oleh isteri Exco Perak kepada para pemenang. Johan Keseluruhan dimenangi oleh Kawasan Bagan Serai, Tempat ke-2 , Kawasan Bukit Gantang dan Tempat Ke-3, Kawasan Taiping. Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang gagal, jangan bersedih, apa yang penting semangat kesukanan dan terima kasih kerana mengambil bahagian.

Alhamdulillah, cuaca yang baik pada hari itu telah melancarkan perjalanan karnival tersebut . Syukran jazeelan diucapkan kepada semua tenaga penggeraka nisa' dan individu-individu yang turut bersama menjayakan program kali ini. SYABAS DAN TAHNIAH NISA' PERAK !

No comments:

Post a Comment