tab


Sunday, September 5, 2010

Iftar Jamaie Nisa' Perak @ Lekir...Meriah


Alhamdulillah iftar jamaie nisa' perak baru-baru ini berlangsung dengan meriahnya.

Edar bubur lambuk dan beramah mesra dengan penduduk Felcra Lekir, Sitiawan.

Gambar di atas merupakan, sedikit kenangan manis seluruh nisa' yang berkumpul bagi menjayakan program berbentuk amal ini disamping dapat mengeratkan ukhuwwah di antara penggerak-penggerak Nisa' kawasan masing-masing. Semoga acara tahunan ini akan terus dikekalkan sebagai program tahunan Nisa' Perak pada bulan ramadhan.






Urusan pengagihan bubur lambok selesai tatkala menghampiri waktu maghrib. Kami seterusnya berbuka puasa di perkarangan Masjid Felcra Gugusan Lekir. Terima kasih diucapkan buat warga Felcra yang telah bersusah payah memasak makanan yg enak utk semua peserta program.


Awal pagi Sabtu kami dimulakan dengan ibadah Qiyammullail secara berjemaah. Sewajarnya selaku penggerak Nisa'@penggerak jihad, ibadah Qiyammullail sewajarnya menjadi rutin harian atau sekurang-kurangnya mingguan.

Seusai Solat Subuh & membaca Ma'thurat,sedikit tazkirah telah diberikan oleh Muslimat Lumut. Seterusnya, aktiviti terakhir dilakukan. Pembentangan aktiviti-aktiviti dari setiap Nisa' mengikut kawasan. Banyak aktiviti kawasan lain yang boleh dijadikan contoh & benar-benar menarik hati kami. Perkongsian Aktiviti sebegini sememangnya perlu dilakukan agar dapat membuka minda Nisa' & berkongsi cara bagaimana menarik masyarakat terhadap Nisa'.

Penutupan Aktiviti dilakukan oleh Ketua Nisa' Perak, Pn Haliza Hamidon. Antara point penting yang boleh diambil ialah, kepentingan 'menjaga' peserta yg telah mengikuti program Nisa' agar survival Nisa' dapat diteruskan.

Penutupan oleh Pn Haliza Hamidon, Ketua Nisa' Perak.


No comments:

Post a Comment