tab


Thursday, June 17, 2010

Rejab 1431H...

alhamdulillah..

syukri fillah..syukur ya Allah..

"aku sudah berada dalam bulan Rejab rupanya" berkata hatiku dengan sayu..

subhanallah..berlalunya bulan Rejab yang lalu tanpa amal ibadah menyebabkan aku berasa teramat rugi di dalam kehidupan ini..

"sudahlah beramal pun malas, bila beramal pun adanya riak dan menunjuk-nunjuk, astaghfirullah..bilalah hati aku ni benar2 utk ikhlas mengingati-Nya" berkata hatiku dengan keinsafan..

astaghfirullah..andai langkahku sebelum ini begitu layu dan malu dalam beramal ibadah...maka gagahkanlah langkah kembali dengan hati sentiasa inginkan cinta Ilahi..insya Allah..

subhanallah..bulan Rejab hadir kembali..syukur pada Allah S.W.T..

subhanallah..

hayatilah kisah juga hadith ini..insya Allah..wallahua'lam..

Berkata Tsauban yang bermaksud :

"Ketika kami berjalan bersama-sama Nabi Muhammad S.A.W melalui sebuah kubur, lalu Nabi Muhammad S.A.W berhenti dan baginda S.A.W menangis dengan amat sedih, kemudian baginda S.A.W berdoa kepada Allah S.W.T. Lalu aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W : 'Ya Rasulullah S.A.W, mengapakah engkau menangis?'.

lalu Rasulullah S.A.W menjawab yang bermaksud : 'Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan aku berdoa kepada Allah, lalu Allah meringankan seksa ke atas mereka.'

Rasulullah S.A.W bersabda lagi yang bermaksud : 'wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rejab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.'

Tsauban bertanya lagi yang bermaksud : 'Ya Rasulullah S.A.W, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan rejab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?'

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : 'Wahai Tsauban, demi Allah yang telah mengutus aku sebagai Nabi-Nya, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solah malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana Allah, kecuali Allah mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solah malam satu tahun.'

Rasulullah S.A.W bersabda lagi yang bermaksud : 'Sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulan aku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.'

Rasulullah S.A.W bersabda lagi yang bermaksud : 'Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak rasa lapar dan haus bagi mereka."

(Riwayat Tsauban)..wallahua'lam..

walaupun hadith di atas adalah hadith dhaif dan sesetengah mengatakan ia adalah hadith sahih uhud..namun, nilailah ia ke arah kebaikan...

segala apa yang diriwayatkan adalah suatu amalan yang baik dalam melatih hati kita supaya mempunyai sifat mahmudah dan insya Allah memperolehi 'halawatul Iman'..amin ya rabbi..

Uthman bin Hakim Al-Ansari telah bertanya kepada Said bin Jubayr
mengenai amal ibadah puasa di bulan Rejab..

lalu, Said bin Jubayr menjawab yang bermaksud : "aku mendengar Ibnu
Abbas berkata : "Rasulullah S.A.W berpuasa pada bulan Rejab sehingga
kami menyangka Baginda S.A.W tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan
Baginda S.A.W berbuka sehingga tidak nampak berpuasa."

(Riwayat Imam Muslim)..wallahua'lam..

hadith di atas adalah hadith sahih dari Imam Muslim..wallahua'lam..

maka..wahai saudaraku sekalian..marilah bersama kita "meriahkan" bulan Rejab ini dengan amal ibadah..insya Allah..

sungguh mulia golongan yang "memeriahkan" bulan Rejab ini..subhanallah..wallahua'lam..

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

"Pada malam Mikraj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibrail : 'Wahai Jibrail, untuk siapakah sungai ini?', berkata Jibrail : 'Ya Muhammad, sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau di bulan Rejab'."

(Riwayat Imam Bukhari)..wallahua'lam..

subhanallah..lakukanlah amal ibadah apa sahaja di bulan Rejab, insya Allah..ia dikurniakan kemuliaan oleh Allah S.W.T..subhanallah..

aku masih mengingati setiap ayat dan kata2 dari Tok Guruku, Tok Guru Muhammad (Ustaz Muhammad Idris)...

beliau berkata : "setiap amal ibadah yang dilakukan di bulan Rejab, ganjarannya akan digandakan oleh Allah S.W.T kepada 70 kali ganda, subhanallah..andai dikira dengan wang, kalau solah fardhu dibulan lain (selain Rejab, Sya'ban dan Ramadhan) di beri upah RM27, maka di bulan Rejab akan menjadi RM27 darab 70 =?"...subhanallah..wallahua'lam..

maka..sesungguhnya Allah S.W.T Tuhan Yang Maha Pemurah...mohonlah pada Allah S.W.T, agar diberi kemuliaan di bulan Rejab..insya Allah..

dan..paling utama adalah, mohonlah ampun pada Allah S.W.T..sesungguhnya Allah S.W.T Tuhan Yang Maha Pengampun..

ikatkanlah nafsumu dengan puasa...kerana nafsu akan menjadi lemah apabila tiada makanan dan minuman utknya..maka, mudahlah untukmu bertaubat kepada Allah S.W.T, dan beramal ibadah pada-Nya..insya Allah..wallahua'lam..

"ya Allah, aku kembali pada-Mu ya Allah, kembali dalam keadaan hina ya Allah, maka tempatkanlah aku dalam golongan yang sentiasa bersyukur dengan setiap rahmat yang dikurniakan-Mu ya Allah"..amin ya rabbi..

terdetik hati ku kini..
apakah aku sudah menginsafi..
akan kesalahan dan kesilapan diri..
kotor dan jijik hati ku ini..

astaghfirullah..

bulan Rejab telah kembali..
memberi kekuatan kepada hati..
beristigfar dan bermuhasabah diri..
agar hati tidak mati..

alhamdulillah..

aku kini di dalam bulan mulia..
setiap amal digandakan 70 kali..
ya Allah Tuhan Yang Maha Mulia..
kurniakanlah kekuatan beramal pada diri..

insya Allah..

aku tidak mahu lagi menjadi rugi..
meninggalkan apa yang telah diberi..
ya Allah berikanlah kekuatan pada hati..
untuk terus mendekatkan diri pada-Mu ilahi..

amin ya rabbi...wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment