tab


Wednesday, December 16, 2009

Salam Maal Hijrah

HIJRATUL RASUL SAW UNTUK MENGAMALKAN ISLAM YANG SYUMUL





Salam Maal Hijrah

Dalam setiap kali kita menyambut Muharram maka ramailah yang menyeru supaya memasang niat, azam baru dan sebagainya… maka ramai jugalah yang berbuat demikian… Alhamdulillah…! Namun secara hakikatnya sejauh manakah kita menghayati kelainan tahun baru hijrah yang diasasakan oleh Saidina Umar Al-Khattab ini berbanding dengan tahun baru masihi?? Atau apakah kita meletakkan azam yang sama saja seperti kita berazam semasa tahun baru masihi???

Tarikh yang dipilih untuk sambutan tahun baru hijrah ini sangat tinggi nilainya dan signifikannya kepada seluruh umat Islam… iaitulah bersempena dengan tarikh penghijrahan baginda Nabi S.A.W… Nabi membawa satu perjuangan besar tanpa luntur semangat baginda… Dalam suasana umat Islam masih lemah dan masih tercari2 kekuatan maka turun wahyu memerintahkan supaya Nabi berhijrah ke kota Madinah Munawwarah… Hijrah untuk membina sebuah kekuatan… Bukan sekadar pergi jalan2… Nabi disambut oleh golongan Ansar yang mulia… Maka begitulah hendaknya umat Islam saling berganding tangan membantu saudara seaqidah kita yang lain yang lemah…

Hijrah Rasulullah SAW adalah satu peristiwa yang besar dan memberikan satu lanskap politik dan memecahkan kebuntuan dunia untuk melihat keadilan yang akan tersebar ke seluruh alam. Hijrah baginda bukan seperti perpindahan biasa sahaja tetapi ia adalah merupakan satu arahan Allah, untuk menegakkan perintah Allah dengan lebih syumul dan lengkap.

Kenapakah baginda berhijrah ke Madinah, bukankah di Makkah baginda sudah boleh untuk mengerjakan ibadah kepada Allah seperti solat, tawaf di Kabah, berkahwin, berniaga. Kenapa nabi dan para sahabat bersusah payah meninggalkan bumi yang tercinta?. Jawabnya kerana di Makkah nabi hanya boleh mengamalkan Islam yang sempit dan tidak syumul . Di Makkah nabi boleh berdakwah, tetapi nabi tidak boleh menghukum jika manusia engkar. Nabi boleh beri tahu bahawa arak haram, tetapi nabi SAW tidak boleh menghukum, nabi boleh berdakwah mengatakan bahawa zina perbuatan yang keji, jika manusia lakukan juga nabi tidak boleh untuk hukum menurut perintah Allah.

Nabi SAW di Makkah tidak ada kuasa, samalah seperti kedudukan ulama’ di negara ini samaada bergelar mufti,. Qhadi, Imam. Mereka boleh mengajar hukum yang tersirat dalam kitab, tetapi tidak boleh untuk melaksanakan perintah tersebut seperti yang terdapat dalam kitab. Kenapa jadi begini? Jawabnya kerana Islam tidak berkuasa. Mahasiswa yang belajar fakulti Islam mempelajari syariah tetapi apabila bekerja dalam mahkamah mereka hukum lain daripada apa yang mereka belajar. Inilah kesan apabila Islam tidak diberi kuasa.

Nabi berhijrah ke Madinah juga untuk memberitahu kepada kita bahawa Islam bukan saja kena jaga hubungan dengan Allah sahaja. Tetapi Islam juga perlu dihubungkan dengan manusia dan alam. Manusia tidaklah diperintahkan oleh Allah untuk melaksanakan pengabdian kepada Allah sahaja, malahan mereka juga perlu menjadi khalifah di atas muka bumi Allah SWT.
Sebagaimana firman Allah SWT yang menyatakan bahawa antara tujuan manusia diciptakan ialah untuk menjadikan khalifah di atas muka bumi ini. Khalifah Allah tidak ditaklif kepada binatang, tumbuh-tumbuhan tetapi diberi kepada manusia. Firman Allah SWT

“Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka berkata, “Apakah engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah disana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan nama Mu? “Dia berfirman, “Sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui” al-Baqarah, 2:30

Ini bererti manusia kena menegakkan agama dan mentadbirkan dunia dengan agama. Di Makkah baginda tidak boleh untuk mentadbirkan Makkah dengan agama kerana baginda tidak ada kuasa. Berlainan apabila nabi berada di Madinah, baginda mempunyai kuasa untuk melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Sebab itulah menegakkan syariat Allah adalah satu sunnah yang wajib, menentang usaha untuk menegakkan Islam adalah satu bida’ah dhalalah (sesat). Inilah yang sepatutnya kita kena tonjolkan dalam masyarakat. Bukan kita bertengkar perkara khilafiah yang remeh temeh sehingga melemahkan perjuangan Islam. Sunnah menegakkan Islam adalah sunnah yang sudah dilupakan dan disampingkan dan kita wajib ingatkan kepada masyarakat mengenai perkara tersebut. Perlu difahami bahawa sunnah ialah perkara yang disandarkan kepada nabi SAW samaada perbuatan, perkataan atau taqrir (pengakuan). Menegakkan peraturan Allah adalah sunnah perbuatan yang wajib.

Dalam suasana kacau bilau hari ini maka lebih lagilah kekuatan yang harus kita jana supaya umat islam terus berada di landasan yang tepat… tak ada yang tercicir dan yang tertinggal… Ingatlah.. kalau kita tak ambil peranan membantu dan membimbing saudara2 kita tu maka jangan terkejut nanti penganut agama lain yang akan mengambil dan menjaga mereka ini… Tatkala itu mulalah kita menuding jari mencari siapa yang salah dan siapa yang tidak buat kerja… Sedarlah.. ini tugas kita… berperananlah.. Moga ada hikmahnya… Dan moga dilindungi dan dirahmati Tuhan Rabbul Jalil…

Yang berada hulurkan tangan… berikan bantuan semampu mungkin… Ambillah masa untuk berkongsi sesuatu, kerana sesungguhnya kehidupan adalah terlalu singkat untuk menjadi orang yang mementingkan diri…

Bersama Kita Hijrah Minda

Yakin & Percaya dengan Janji ALLAH

Tambah Ilmu , Tambah Amal


No comments:

Post a Comment