tab


Thursday, September 17, 2009

Nisa' Perak Kunjungi 100 buah rumah

Kunjungi 100 rumah, edar makanan

Sinar Harian Perak, 12 Sept 2009; IPOH - Sempena Ramadan al-Mubarak ini, Nisa’ Negeri Perak telah mengunjungi 100 buah rumah di sekitar bandar raya ini untuk memberi sumbangan.

Kunjungan dengan kerjasama Nisa’ Kawasan Tambun, Kampung Ulu Kuang, Kampung Dato’ Ahmad Said Tambahan, Kampung Ulu Chepor dan Kampung Chemor itu bertujuan untuk mengedarkan juadah berbuka puasa dan memberi sumbangan hari raya kepada penduduk yang kurang bernasib baik.

Pengarah Nisa’ Perak, Haliza Hamdan berkata, beliau amat mengharapkan Nisa’ di semua kawasan dapat mendekatkan diri dengan golongan muda di tempat mereka melalui program-program yang simple dan menarik disamping program-program kebajikan dan kemasyarakatan.

“Selepas program tersebut, Nisa’ Negeri Perak mengadakan majlis berbuka puasa bersama semua pimpinan Nisa’ Kawasan-Kawasan di Sekolah Rendah Tarbiyyah Islamiyyah (SRATI) Tanjung Rambutan,” katanya.

Hadir sama dalam memberikan sumbangan itu ialah Timbalan Ketua DMP Perak, Rohaya Bakar.

Nisa’ yang merupakan Unit Remaja DMP cuba mendekati masyarakat melalui program-program kemasyarakatan dan kebajikan.

Dikenali dengan slogan “Nisa’Penghubung Generasi Muda”, dan bertemakan “ Kebajikan, Kemanusiaan dan Kemasyarakatan”, Nisa’ amat berharap agar generasi muda hari ini dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk diri mereka, masyarakat dan negara.

Sewajarnya remaja-remaja ini memenuhi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah bagi mengelakkan diri mereka daripada terjebak dengan aktiviti sosial yang merosakkan mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment