tab

Thursday, August 27, 2009

Group Binding Nisa' Perak

GROUP BINDING NISA' PERAK 2009

Alhamdulillah pada 14-15 Ogos lalu, pimpinan baru Nisa' Perak bertemu dengan pimpinan2 kawasan nisa' di dalam program Group Binding Nisa' Perak 2009 di Amir Chalet Kg Baru. Pimpinan dari 15 kawasan menghadirkan diri di dalam program ini.

Ketua Nisa' Perak Sessi 2009-2011
mengalu-alukan kedatangan perserta Nisa' di setiap Kawasan
Pendaftaran dan aktiviti santai disebelah petang.. Kami buat senaman aerobik POCO-POCO yang diiringi dengan muzik yg rancak.. Berpeluh2 juga, nampaknye semua peserta seronok dan 'enjoy' dengan aktiviti riadah tersebut...

Selepas solat isyak, Slot Bersama Bonda DMPN Perak, Ustazah Bariah Alang Sapri mengisi slot Nisa' dan cabaran serta pengurusan Masa. Banyak pengalaman yang boleh dikongsi bersama.Alhamdulillah Nisa' Malaysia turun ke Perak bersama team mereka yang baru, Dr. Rosni dan anak buahnye dapat bersama kami untuk berkenalan sendiri Pimpinan Nisa' di peringkat Negeri dan Kawasan. Kami sungguh berbesar hati menyambut kedatangan mereka..

Slot Bersama Nisa' Malaysia di teruskan. Meneruskan perjuangan K.Mastura Pengarah Nisa' Malaysia yang lepas.. Terdapat pembaharuan dan gaya2 baru yg dibawa oleh Nisa' Malaysia pada kali ini.. terutamanya dengan penambahan 2 unit baru yang wujud dalam organisasi Nisa'. Insyallah kami akan menyambut baik setiap pembaharuan yg dilakukan.. Apa yang penting kerjasama antara pusat dan negeri berjalan dengan baik, seiring sejalan dengan misi dan visi nisa' itu sendiri. Method dan gaya penyampaian setiap pemimpin adalah berbeza... Tapi Matlamat tetap sama.. meneruskan perjuangan ISLAM di bumi ALLAH ini terutama kepada generasi muda... Satu cabaran buat Nisa' Malaysia untuk meneruskan misi dan visi Nisa' ke arah yang lebih mantap..

Lagu tema kali ini, ialah Satu Hati dari kumpulan Khauf.. Kalu dihayati, Pimpinan Nisa' ingin membentuk satu ikatan ukhuwah fillah yang utuh dikalangan seluruh ahli Nisa'... Insyallah Moga2 hati2 kita ditautkan dan bersama2 kita merialisasikan impian bersama dengan menghubungkan Genenerasi Muda dengan cara hidup Islam yang Syumul...



Secara keseluruhan, setiap peserta sangat berpuas hati dengan perjalanan program dan menyarankan pelbagai pandangan dan pendapat. Terima kasih di atas pandangan ,komitmen dan respon yang diberikan. Saya dapat melihat terdapat ramai pelapis Nisa' yang berkepimpinan dan mampu untuk memimpin Nisa' diperingkat Negeri satu hari nanti. Syabas dan tahniah buat semua. Teruskan Perjuangan !!!

1 comment:

syabie said...

senaman aerobik memang baik untuk kesihatan

Post a Comment