Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh Syara‘ dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan. Hari Raya memang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan- perayaan yang lain, kerana ianya merupakan kurniaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala khusus kepada hamba- hamba yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan.
Amalan saling ziarah menziarahi rumah terutama sekali saudara mara terdekat dan sahabat handai merupakan suatu tradisi yang sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya. Amalan ini juga sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan disyariatkan di dalam Islam.Walau bagaimanapun ramai diantara kita yang kurang cermat dalam menjaga tatasusila sebagai seorang Islam pada hari yang mulia ini.Ramai antara kita antara sedar dan tidak,begitu mudah menghulurkan tangan untuk bersalam tanpa mengira adakah mereka adalah orang-orang yang dibenarkan Islam untuk kita bersalam.Walaupun ada antara mereka yang kita panggil pakcik,abang hatta datuk sekalipun (bagi perempuan) tetapi sekiranya mereka bukan mahram kita,maka adalah berdosa sekiranya kita terus-terusan menghulurkan tangan untuk bersalam. Memadailah hanya kita meminta maaf secara lisan tanpa huluran tangan.Ditakuti kita hendak berbuat kebaikan tetapi dosa yang kita dapat.
Bermula dari Aidilfiri ini,marilah kita berazam meninggalkan budaya-budaya yang tidak mengikut acuan Islam. Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment