tab


Wednesday, December 30, 2009

Nisa' Parit

Program Tautan Kasih Nisa' Parit


Nisa' Parit telah berjaya mengadakan program 'Tautan Kasih' pada 16hb Januari 2010 bersamaan hari Sabtu yang bertempat di tasik Universiti Teknologi Petronas, Tronoh.


Nisa' Parit telah berjaya mengadakan program 'Tautan Kasih' pada 16hb Januari 2010 bersamaan hari Sabtu yang bertempat di tasik Universiti Teknologi Petronas, Tronoh.


Program yang bermula pada jam 8.oo pagi ini telah berjaya menarik peserta seramai 42 orang dan ada juga isteri-isteri yang hadir membawa suami dan anak-anak mereka menambahkan lagi keceriaan diawal pagi itu. Program ini dianjurkan adalah untuk mengeratkan lagi ukhwah antara sahabat-sahabat nisa, mengukuhkan lagi hubungan nisa' dan muslimat disamping memperkenalkan nisa kepada ahli-ahli yang baru dengan memberi sedikit penerangan dan pemberian pamplet berkaitan nisa'.

Dr Najihah memberi pengisian pagi
Suasana bersantai di tepi tasik betul-betul memberikan kedamaian yang tidak dapat dimadah dengan kata-kata. Angin yang bersempoi-sempoi menggetarkan hati dan sanubari akan kebesaran Allah S.W.T. Sujud syukur pada MU Ya ALLAH. Sebelum tazkirah yang disampaikan oleh Dr Najihahtussalehah bermula, peserta dan AJK yang hadir bersantapkan Nasi Lemak, Donut, kuih Muih bersama Teh -O. Setelah kekeyangan dengan makanan, hati pula diisikan dengan tazkirah bertajuk MUSLIMAT dan KELUARGA. Sessi Taaruf bermula bagi mengeratkan lagi persaudaraan dengan memperkenalkan nama dan asal kelahiran peserta yang hadir. Setelah masing-masing mengenali sahabat-sahabat yang lain, aktiviti 'Treasure Hunt' bermula. Setiap peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan. Kumpulan Aisyah, Fatimah, Khadijah, Zainab dan Ummu Salamah.

cenderahati dari ketua Nisa
Tak kira tua dan muda, masing-masing terhibur dengan aktiviti yang dijalankan. Kumpulan Aisyah memenangi tempat pertama dan hadiah disampaikan oleh ketua Nisa' Parit, Puan Nurul Najmin.

Program tamat tepat pukul 11 pagi. Alhamdulilah, walaupun penat kerana terpaksa bangun awal bagi memastikan nasi lemak, kuih muih dan teh-o siap dimasak/dibeli, dan perlu berkejar-kejar ke tempat program seawal 7.30 pagi, namun semua AJK berasa puas dan gembira dengan program yang telah selamat diadakan. InshaALLAH, ketua Nisa' berjanji untuk mengadakan lebih banyak aktiviti terutamanya apabila tiba cuti musim sekolah.




Hadiah untuk kumpulan yang menang
JUMPA NANTI DI PROGRAM SURVIVAL NISA!!!!

Tuesday, December 29, 2009

T.Shirt Nisa'

T.SHIRT NISA' PERAK


Pada 25 Disember 2009 yang lalu, sempena Program High Tea, Nisa' Sweet 17, Pelancaran T.Shirt Nisa' yang terbaru disempurnakan oleh Pengarah Nisa' Malaysia, Dr. Rosni Adam. Sebanyak 80 unit baju telah terjual kepada ahli2 nisa' yang hadir dengan harga yang sangat istimewa. Tempahan edisi ke 2 akan dilakukan. Sebarang Tempahan t.shirt dari Nisa' kawasan sangat dialu-alukan dan boleh email kepada nisaperak@gmail.com atau SMS sahaja kepada bendahari Nisa Perak di Nombor 0195934892. Sila nyatakan dari kawasan mana, Pilihan Size S, M , XL, 2XL, 3XL & 4XL. T.Shirt yang ditempah awal akan diberi pada mesyuarat bersama Kawasan pada masa yang terdekat ini, dalam bulan Januari. Insyallah. Harap Maklum. Sebarang cadangan dalam penambahbaikan Nisa' pada masa akan datang, boleh di emailkan terus kepada kami.
Jajarkan ke Kiri

Sunday, December 27, 2009

Usrah

Usrah Dan Kepentingannya Dalam Jamaah

MUQADIMAH

Proses tarbiyyah Islamiyyah adalah satu proses pendidikan dan pembentukan yang bukan semata-mata satu proses pembelajaran ilmu. Usrah adalah medan di mana ahlinya menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat ukhuwwah al-islamiyyah. Ia membawa maksud penekanan dan perbincangan di dalam usrah mencakupi satu bidang yang luas dan menyeluruh.

Penekanan terhadap unsur-unsur yang akan melahirkan peningkatan dalam kefahaman dan penghayatan terhadap Islam sebagai sistem yang syamil wa mutakamil (lengkap lagi melengkapi) yang akan melahirkan semangat juang dan ketahanan secara berjemaah. Dengan demikian haruslah diingatkan bahawa usrah hendaklah merupakan satu kelompok pendidikan yang akan melahirkan ‘amilin (petugas) dan bukannya sekadar mufakkirin (golongan yang berfikir) walaupun kepentingannya tidak boleh kita nafikan.

Usrah sebagai unit terpenting dalam gerakan Islam memerlukan satu bentuk penyusunan yang rapi kerana kita meyakini bahawa kebenaran yang tidak disusun rapi akan diatasi oleh kebatilan yang kemas. Justeru, organisasi usrah di setiap peringkat hendaklah diawasi sepanjang masa agar keberkesanannya akan dapat menguntungkan Islam dan jamaah.



PENTADBIRAN USRAH

Setiap naqib/ah perlu memastikan agar perjalanan usrahnya diatur rapid an kemas dan jangan sampai kepada peringkat yang boleh membosankan ahli-ahli usrah. Usrah janganlah hanya dijumudkan dengan perbincangan teks sahaja tetapi ianya juga boleh diluaskan dengan bentuk perbincangan, rehlah, ziarah, riadhah, majlis qiamullail dan sebagainya.

Usrah mempunyai cirri yang membezakannya dari nizam al-tarbiyyah yang lain diantara ciri-ciri tersebut ialah:

1. Usrah hendaklah bersifat mutawasil (berterusan). Usrah yang berkesan mestilah berterusan dan pemutusan usrah akan mengakibatkan kurangnya penghayatan dan perkembangan tarbiyyah dikalangan anggotanya.
2. Merangkumi keseluruhan ahli samada pimpinan, pengikut, mahupun pekerja.
3. Mempunyai perancangan (al-tahhtit) yang rapi dalam semua sudut.
4. Kesungguhan semua pihak yang terlibat samada nuqoba’ manupun ahli.
5. Antara keberkesanan sesuatu usrah itu akan dapat dilihat sejauh mana persoalan ini dapat dilihat dan dijawab dengan sempurna:

*

Sejauh mana peningkatan ahli dalam penghayatan Islam.
*

Sejauhmana pula konsep al-ta’wun (bekerjasama) di kalangan para ahli dalam membantu proses penghayatan Islam.
*

Sejauh mana ikatan ukhuwwah dan amal jamaie dapat dibentuk dan sejauhmana pula perlaksanaannya dalam bentuk amalan.



TUJUAN DAN MATLAMAT USRAH

1. Memberi kefahaman yang benar dan jelas terhadap tasawwur Islam kepada anggota.

2. Meningkatkan penghayatan ‘amal Islami dan menghidupkan rasa tanggungjawab untuk menjaga dan mempertahankan kemuliaan ajaran Islam secara fardiyy atau jamaie

3. Menjalin dan mengukuhkan ikatan ukhuwwah dan persaudaraan dan memupuk semangat bertindak dan bekerja secara jamaah.

4. membina ‘aqliyyah jamaiyyah di kalangan anggota agar mereka sentiasa memberi keutamaan kepada gerak kerja secara jamaie dan bertindak mengikut keputusan jamaah.

5. menggiat dan menyelaraskan usaha untuk mempelajari selok-belok perjuangan dari pengalaman gerakan Islam seluruh dunia.

6. mendidik, memupuk bakat serta mengeluarkan aktivis-aktivis yang benar-benar mampu dan teguh pendirian serta sihat tubuh badan, sempurna dalam pemahaman ilmu serta akhlaq.

7. memastikan bahwa yang bakal menempati saff pimpinan ialah orang-orang yang layak, jujur dan ikhlas. Memastikan bahawa yang memegang pimpinan adalah orang yang layak ditempat yang munasabah.

8. Memastikan bahawa barisan perjuangan tidak dimasuki oleh pemikiran yang sumbang atau musuh.

9. Berusaha meningkatkan bentuk penyusunan organisasi yang piawai atau mampu mnghadapi tahap-tahap perjuangan tanpa diserapi oleh anasir pemecah yang menggugat harakah.

CIRI-CIRI NAQIB/NAQIBAH

Secara ringkas disertakan sekali cirri-ciri naqib yang memimpin usrah:
1. Mempunyai kefahaman yang baik dalam agama.
Naqib perlu mempunyai asas kefahaman Islam yang mendalam terhadap Tasawwur Islam dan memahami Waqi’ (jamaah/ harakah) serta memahami marhalah dakwah. Setidak-tidaknya naqib biarlah dari kalangan mereka yang mempunyai pengalaman haraki, serta ilmu terhadap asas Islam (tasawwur Islam)

2. Iman yang mendalam
Naqib perlu menjadi contoh ikutan kepada ahli-ahli usrah. Lantaran itu ia mestilah mempunyai keimanan yang kukuh, keyakinan, tawakkal serta memelihara ibadat-ibadat fardiyy dan menjaga sunnah-sunnah Nabi saw.

3. Bersifat amanah
Naqib perlu menyedari bahawa ia memikul amanah yang tinggi iaitu membimbing ahli-ahli supaya menjadi golongan yang terpilih di samping merasakan bahawa dialah orang yang bertanggungjawab memelihara agama.

4. Keikhlasan yang tinggi.
Keikhlasan adalah perkara paling penting dalam mana-mana perkara yang hendak dilakukan. Namun perkara yang terlebih penting adalah ikhlas kepada naqib-naqib dengan tidak mengharapkan apa-apa ganjaran serta sanggup berkorban. Ia perlu mengorbankan lebih masa, perasaan, masa kerja, keluarga, harta-kekayaan, dan berbagai kepentingan lain untuk cita-cita Islam.

5. Beramal dengan ilmu.
Naqib perlu beramal dengan ilmu dan dikenali sebagai orang yang beramal dengan ilmunya. Ini akan memberikan kesan yang baik ke atas anggota-anggota jamaah yang lain yang menjadi contoh yang baik.

6. Syakhsiah yang terpuji.
Naqib dikenali sebagai seorang yang memiliki akhlak dan syakhsiyah yang baik, menepati janji, jujur dan berbagai lagi akhlak yang mesti dimiliki. Ini kerana naqib adalah sebagai pembimbing, pendidik, guru dan seorang sahabat yang sentiasa menjadi tumpuan dan perhatian umum.

7. Pergaulan yang baik
Hubungan naqib dengan ahli usrahnya adalah hubungan yang berterusan, dan bukan terhad hanya di dalam usrah semata-mata. Naqib mestilah pandai bergaul dengan anggot usrah yang lain serta mewujudkan kemesraan dan kekeluargaan di kalangan anggota usrah.



MANHAJ USRAH

1. Mestilah ditegaskan bahawa islam dan ajarannya bersumber dari kitab suci al-Qur’an dan hadith Nabi saw sebagaiimana yang difahami dan diambil dari ulama’ yang muktabar.

2. Memberi penekanan terhadap tasawwur Islam dan penekanan bahawa Islam adalah satu system hidup (Nizamul hayat) atau ad-din yang sempurna.

3. Bahan-bahan usRAh, hendaklah mengambil kira marhalah yang sepatutnya dilalui oleh ahli-ahli usrah.

4. Manhaj Usrah perlu mengandungi Tasawwur Aqidah yang kemas dan menyeluruh yang menjadi teras kepada perjuangan Islam.

5. Kandungan Usrah perlulah yan dapat memandu dan menyumbang kea rah pembentukan peribadi atau syakhsiah muslim dan pendakwah.

6. Kandungan usrah mestilah mengandungi perngatan untuk memelihara Islam sama ada secara fardiyy atau jamaie’.

7. Memberi penekanan terhadap ibadah-ibadah khusus dan amalan-amalan yang membina kerohanian seperti membanyakkan zikir, wirid mathurat, doa-doa, membaca al-Qur’an, menziarahi kubur dan sebagainya.

8. Kandungan Usrah mestilah mempunyai unsur-unsur pembentukan fikrah dakwah Harakah, dan siasah secara seimbang.

9. Menekankan panduan-panduan latihan kerja secara jamaie, seperti tanggungjawab memelihara amanah, berkorban, mematuhi arahan-arahan dan memberi wala’ dan ketaatan kepada pimpinan jamaah.

10. Menyediakan ruang-ruang buat ahli-ahli berinteraksi sesama sendiri bagi menguatkan ukhwah dan sanggup bermuhasabah, memperbaiki kelemahan, dan kekurangan yang ada dikalangan anggota dengan cara-cara yang baik.



FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN / KEGAGALAN USRAH

FAKTOR YANG BERPUNCA DARI NAQIB:

a. Tidak memahami atau kurang memahami tujuan dan matlamat usrah dalam rangka Tarbiyyah.
b. Tidak memahami kandungan dan skima tarbiyyah sesuia dengan marhalah mad’u dan sasarn.
c. Kaedah penyampaian Usrah yang tidak sesuai.
d. Naqib tidak memberikan tumpuan dengan ahli-ahli usrah.
e. Tidak mengenal mad’u.
f. Para Naqib tidak ada Fikrah Dakwah dan Harakah.
g. Tidak membuat persediaan dan Kajian terhadap bahan-bahan Usrah.
h. Tidak segera menyelesaikan masalah.
i. Tidak memahami politik dan isu-isu semasa.
j. Naqib tidak mematuhi arahan jamaah.

CIRI-CIRI USRAH YANG BERJAYA

1. Majlis yang terancang dan berterusan
2. Mempunyai ketua yang bertanggungjawab.
3. Mempunyai bilangan ahli yang kecil.
4. Keahlian usrah merangkumi semua peringkat.
5. Usrah sebagai saluran melahir dan membentuk pimpinan

INGIN MENJADI AHLI USRAH?

HUBUNGI NISA' DI KAWASAN ANDA...

ISLAM DIHINA DI MALAYSIA

ISLAM DIHINA DI MALAYSIA

Email daripada seorang sahabat :

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

Allahua`ala `alam.
27 SEPTEMBER 2007

Kartika Bertemu Tok Guru

KARTIKA BERTEMU TOK GURU


KOTA BARU, Dis 28 — Bekas model sambilan, Kartika Saridewi Shukarnor yang pernah mencetus polemik berhubung hukuman sebat atas kesalahan minum arak telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam.

Beliau bersama anggota keluarga dan rombongan dari Pusat Pendidikan Al Baroqah, Manjor, Ipoh mengunjungi Mursyidul Am PAS itu di kediaman rasminya di JKR 10 di sini

Turut bersama anak bongsunya, Kaitlynn Saridewi yang berusia lima tahun.

Kartika ketika ditemui menyatakan beliau sudah lama menyimpan hasrat menemui Nik Aziz.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 20 Julai lalu selepas beliau mengaku bersalah minum arak.

Hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 dikenakan.

Bagaimanapun hukuman sebatan tersebut masih ditangguh sehingga sekarang biar pun Kartika bertegas mahu menjalani hukuman tersebut.

Bagaimanapun banyak pihak merayu hukuman ke atasnya dikaji semula atas alas an bertentangan dengan hak asasi manusia.

Hadir sama pada pertemuan tersebut ialah anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar serta Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.

Thursday, December 17, 2009

Nisa' Sweet 17

HIGH TEA BERSAMA MANTAN-MANTAN NISA'
(1992-2009)


Alhamdulillah Progam yang telah dirancang sekian lama, telah berjaya dilaksanakan dengan jaya pada 25.12.2009 yang lalu. Antara Objektif program ini adalah untuk memperingati ulangtahun dan sejarah penubuhan Nisa'. Mengenali mereka yang telah bersama-sama Nisa' selama 17 tahun yang lalu dan yang paling penting untuk merapatkan dan mengeratkan ukhuwwah sesama ahli Nisa' yang hadir dan bersama meneruskan Perjuangan Nisa' pada masa akan datang. Amal Nisa' Walbanat Ditubuhkan pada 26.12 1992 dan diberi nafas baru dengan penjenamaan semula dengan Nama yang lebih Ringkas iaitu NISA'pada 17 Julai 2005.

Jemputan Istimewa :
Dr. Rosni Adam , Pengarah Nisa' Malaysia
memberikan kata-kata semangat kepada hadirin yang hadir

Bersama Perasmi Program Nisa' Sweet 17
Pn. Rohaya , Timbalan DMPN Perak

Persembahan Multimedia
Mengimbas kembali kenangan Program-program yang telah dilaksanakan
sepanjang penubuhan Nisa' bermula dari tahun 1992 hingga 2009

Hadirin kusyuk menonton Persembahan tersebut..

Kehadiran Ahli-ahli Nisa' seluruh Perak diluar jangkaan..
sehingga ke luar dewan...

Persembahan Dikir Barat dari Nisa' Tapah

Persembahan Nasyid dari Nisa' Tapah

Forum Bersama Mantan-Mantan Nisa' Perak
Bermula dengan Pn. Amizan (Pengarah Pertama Amal Nisa' Wal Banat dan merupakan Ahli Nisa' yang mendaftar di Perak. Beliau bersemangat memakai Uniform Amal Nisa' Walbanat), diikuti oleh Pn. Aina, Pn Hamisah dan Pn. Haliza
Berkongsi pengalaman , kenangan manis dan cabaran ketika menerajui
NISA di zaman masing-masing.
Amanat dan Harapan mereka terhadap Nisa' perlu dihayati Bersama..
Nisa' Perlu Menjadi Agen Perubahan, Ikon Generasi Muda dan Lebih Agresif dalam melaksanakan porgram-program Kebajikan, Kemasyarakatan.
mengajak manusia ke arah kebaikan , dan mencegah manusia dr melakukan kemungkaran

15 Cabutan Bertuah disediakan untuk dibawa pulang
Khas kepada ahli-ahli Nisa' yang bertuah..
Tahniah

Sesi Bergambar Kenang-kenangan Bersama Mantan-Mantan Nisa' Perak

Pelancaran Dana & T.Shirt Nisa' yang terbaru telah dilakukan. Terima kepada semua penyumbang dan para dermawan. Hanya ALLAH sahaja yang mampu membalasnya. Jualan T.shirt Nisa' Laris . Segala Tempahan boleh berhubung dengan bendahari Nisa' Perak.
.
Terima Kasih kepada Semua yang menjayakan program ini.
Terdapat masalah teknikal diluar jangkaan dan Segala Kekurangan, Mohon maaf dipinta..

TERUSKAN PERJUANGAN
DEMI ALLAH DAN ISLAM



Wednesday, December 16, 2009

SANTAI BERSAMA NISA' PADANG RENGAS

SANTAI BERSAMA NISA' PADANG RENGAS

Program Santai Bersama Nisa' Padang Rengas telah berjaya dianjurkan oleh Saf Kepimpinan Nisa' Padang Rengas. Seramai 60 ahli baru Nisa' telah berjaya di daftarkan sepanjang program berlangsung. Program ini adalah langkah awal bagi nisa' Padang Rengas untuk mengenali Nisa' dengan lebih dekat lagi. Talk " APA ITU NISA" berjaya menjawab persoalan dan kemusykilan dikalangan ahli Nisa' yang hadir. Program diteruskan lagi dengan Ceramah Maal Hijrah , diikuti dengan Aktiviti 'CARI KESAMAAN DALAM KETIDAKSAMAAN" dan cabutan bertuah. TAHNIAH kepada NISA' Kawasan Padang Rengas dan DMP kerana berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya. Alhamdulillah. Semoga Nisa' Padang Rengas bergiat aktif dan agresif dalam melaksanakan program untuk Ahli-ahli Nisa' dan Wanita Setempat.
Teruskan Perjuangan.

Pegawai Perhubungan Awam (PRO) Nisa' Perak
memberikan Penerangan
APA ITU NISA, MISI , VISI, OBJEKTIF & ORGANISASI NISA'

Bendahari Nisa' Perak,
memberi penerangan tentang
5 UNIT yang terdapat dalam ORGANISASI NISA'

Ahli Nisa' Kusyuk mendengar penerangan

Persembahan Slide Multimedia tentang Program -program yang telah berjaya dilaksanakan oleh Nisa' Perak ditayangkan kepada Ahli Nisa'.


Sesi Soal Jawab dimulakan

Nisa' Sweet 17

NISA' SWEET 17
HIGH TEA BERSAMA MANTAN-MANTAN NISA'
(1992-2009)

TARIKH : 25 DISEMBER 2009
MASA : 2.00 – 6.00 PETANG

TEMPAT : LAKSAMANA CHENG HO, IPOH PERAK
137, Jalan Sultan Abdul Jalil
Greentown, 30450 Ipoh Perak
(Belakang SM Taayah)

KUPON : RM10 SAHAJA


TERBUKA KEPADA:


Ahli-ahli Amal Nisa' Walbanat (1992-1995)
Ahli-ahli NISA' (1995- sekarang)

SILA HUBUNGI
KETUA NISA' KAWASAN ANDA
ATAU
PENGARAH PROGRAM
FAATIHAH : 012 4654054
KUPON ADALAH TERHAD


Persembahan Multimedia
(17 tahun Penubuhan Nisa')
Forum Sweet 17 bersama Mantan- Mantan Ketua Nisa’
Persembahan Dikir Barat, Nasyid & Puisi
Cabutan Bertuah

PLAN KE LOKASI PROGRAM





Salam Maal Hijrah

HIJRATUL RASUL SAW UNTUK MENGAMALKAN ISLAM YANG SYUMUL





Salam Maal Hijrah

Dalam setiap kali kita menyambut Muharram maka ramailah yang menyeru supaya memasang niat, azam baru dan sebagainya… maka ramai jugalah yang berbuat demikian… Alhamdulillah…! Namun secara hakikatnya sejauh manakah kita menghayati kelainan tahun baru hijrah yang diasasakan oleh Saidina Umar Al-Khattab ini berbanding dengan tahun baru masihi?? Atau apakah kita meletakkan azam yang sama saja seperti kita berazam semasa tahun baru masihi???

Tarikh yang dipilih untuk sambutan tahun baru hijrah ini sangat tinggi nilainya dan signifikannya kepada seluruh umat Islam… iaitulah bersempena dengan tarikh penghijrahan baginda Nabi S.A.W… Nabi membawa satu perjuangan besar tanpa luntur semangat baginda… Dalam suasana umat Islam masih lemah dan masih tercari2 kekuatan maka turun wahyu memerintahkan supaya Nabi berhijrah ke kota Madinah Munawwarah… Hijrah untuk membina sebuah kekuatan… Bukan sekadar pergi jalan2… Nabi disambut oleh golongan Ansar yang mulia… Maka begitulah hendaknya umat Islam saling berganding tangan membantu saudara seaqidah kita yang lain yang lemah…

Hijrah Rasulullah SAW adalah satu peristiwa yang besar dan memberikan satu lanskap politik dan memecahkan kebuntuan dunia untuk melihat keadilan yang akan tersebar ke seluruh alam. Hijrah baginda bukan seperti perpindahan biasa sahaja tetapi ia adalah merupakan satu arahan Allah, untuk menegakkan perintah Allah dengan lebih syumul dan lengkap.

Kenapakah baginda berhijrah ke Madinah, bukankah di Makkah baginda sudah boleh untuk mengerjakan ibadah kepada Allah seperti solat, tawaf di Kabah, berkahwin, berniaga. Kenapa nabi dan para sahabat bersusah payah meninggalkan bumi yang tercinta?. Jawabnya kerana di Makkah nabi hanya boleh mengamalkan Islam yang sempit dan tidak syumul . Di Makkah nabi boleh berdakwah, tetapi nabi tidak boleh menghukum jika manusia engkar. Nabi boleh beri tahu bahawa arak haram, tetapi nabi SAW tidak boleh menghukum, nabi boleh berdakwah mengatakan bahawa zina perbuatan yang keji, jika manusia lakukan juga nabi tidak boleh untuk hukum menurut perintah Allah.

Nabi SAW di Makkah tidak ada kuasa, samalah seperti kedudukan ulama’ di negara ini samaada bergelar mufti,. Qhadi, Imam. Mereka boleh mengajar hukum yang tersirat dalam kitab, tetapi tidak boleh untuk melaksanakan perintah tersebut seperti yang terdapat dalam kitab. Kenapa jadi begini? Jawabnya kerana Islam tidak berkuasa. Mahasiswa yang belajar fakulti Islam mempelajari syariah tetapi apabila bekerja dalam mahkamah mereka hukum lain daripada apa yang mereka belajar. Inilah kesan apabila Islam tidak diberi kuasa.

Nabi berhijrah ke Madinah juga untuk memberitahu kepada kita bahawa Islam bukan saja kena jaga hubungan dengan Allah sahaja. Tetapi Islam juga perlu dihubungkan dengan manusia dan alam. Manusia tidaklah diperintahkan oleh Allah untuk melaksanakan pengabdian kepada Allah sahaja, malahan mereka juga perlu menjadi khalifah di atas muka bumi Allah SWT.
Sebagaimana firman Allah SWT yang menyatakan bahawa antara tujuan manusia diciptakan ialah untuk menjadikan khalifah di atas muka bumi ini. Khalifah Allah tidak ditaklif kepada binatang, tumbuh-tumbuhan tetapi diberi kepada manusia. Firman Allah SWT

“Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka berkata, “Apakah engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah disana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan nama Mu? “Dia berfirman, “Sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui” al-Baqarah, 2:30

Ini bererti manusia kena menegakkan agama dan mentadbirkan dunia dengan agama. Di Makkah baginda tidak boleh untuk mentadbirkan Makkah dengan agama kerana baginda tidak ada kuasa. Berlainan apabila nabi berada di Madinah, baginda mempunyai kuasa untuk melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Sebab itulah menegakkan syariat Allah adalah satu sunnah yang wajib, menentang usaha untuk menegakkan Islam adalah satu bida’ah dhalalah (sesat). Inilah yang sepatutnya kita kena tonjolkan dalam masyarakat. Bukan kita bertengkar perkara khilafiah yang remeh temeh sehingga melemahkan perjuangan Islam. Sunnah menegakkan Islam adalah sunnah yang sudah dilupakan dan disampingkan dan kita wajib ingatkan kepada masyarakat mengenai perkara tersebut. Perlu difahami bahawa sunnah ialah perkara yang disandarkan kepada nabi SAW samaada perbuatan, perkataan atau taqrir (pengakuan). Menegakkan peraturan Allah adalah sunnah perbuatan yang wajib.

Dalam suasana kacau bilau hari ini maka lebih lagilah kekuatan yang harus kita jana supaya umat islam terus berada di landasan yang tepat… tak ada yang tercicir dan yang tertinggal… Ingatlah.. kalau kita tak ambil peranan membantu dan membimbing saudara2 kita tu maka jangan terkejut nanti penganut agama lain yang akan mengambil dan menjaga mereka ini… Tatkala itu mulalah kita menuding jari mencari siapa yang salah dan siapa yang tidak buat kerja… Sedarlah.. ini tugas kita… berperananlah.. Moga ada hikmahnya… Dan moga dilindungi dan dirahmati Tuhan Rabbul Jalil…

Yang berada hulurkan tangan… berikan bantuan semampu mungkin… Ambillah masa untuk berkongsi sesuatu, kerana sesungguhnya kehidupan adalah terlalu singkat untuk menjadi orang yang mementingkan diri…

Bersama Kita Hijrah Minda

Yakin & Percaya dengan Janji ALLAH

Tambah Ilmu , Tambah Amal


Tautan Nisa'

TAUTAN NISA' BERSAMA NISA' KUALA KANGSAR

Tautan Nisa' anjuran Nisa' Kuala Kangsar berjaya mengumpul kembali ahli-ahli Amal Nisa' Walbanat dan NISA'.
Perasmian Telah disempurnakan oleh Pengarah Nisa' Perak : Pn. Haliza Hamidon

Talk Nisa' Bersama SU2 Nisa' Perak Pn. Faatihah Hj. Mohd Nizar mengupas perbincangan
"Kenapa Nisa'"
Penerangan tentang Halatuju, Visi dan Misi Nisa' mendapat respon positif dari ahli2 Nisa' Kuala Kangsar yang hadir.

Slot Motivasi bersama Ukthie Aiman Atihrah yang penuh semangat juang yang tinggi...
Moga tautan hati dan tautan ukhuwah yang terbina dikalangan semua ahli Nisa' mampu menggerakkan perjuangan Islam di muka bumi ini..

Tuesday, December 15, 2009

Puisi Buat Tok Guru

Tuntutan Suatu Perjalanan
(Puisi Buatmu...Tok Guru)


Di mana pun kau berpijak
Ke mana pun hala tuju
Kau terikat pada satu janji
Pada khaliq penciptamu
Kau sampaikan seruan Illahi
Kebenaran mengiringi
Kau terdorong oleh amanah diri
Kau penyambung pewaris Nabi
Tuntutlah walau ke hujung dunia
Tuntutlah walau ke akhir nyawa
Ikrar mu hanya pada yang Esa
Selagi kau bernama manusia
Berpegang lah pada tali janji mu
Kepada ku ya Allah berilah hidayah
Kurniakan lah petunjuk rahmat Mu
Kau ciptakan kami dengan kemuliaan
Segalanya kami serahkan
Hanya lah pada kau yang SATU
Kau teruskan perjalanan
Mengharungi onak duri
Penuh tabah serta keyakinan diri
Walau rebah jasad ke bumi.....


# Lagu ditujukan khas buat Pendukung, Penyokong, Pejuang, Para Pemimpin dan Para Ulama' di seluruh dunia....
# Dlm Proses akhir pembikinan Album Amal (Artis - Q-Har) berkonsepkan KeTuhanan dan Kemanusiaan.
# Sedia menerima undangan/ jemputan untuk persembahan.
# Sila hubungi Pengurus Pemasaran: En Arzlan Mokhtar di talian : 0122490016 atau Q-Har - 0193888127

Monday, December 14, 2009

Nisa' Sweet 17


Anak Ikut Agama Asal Ibu Bapa Bercanggah Syarak


Mufti minta kerajaan tarik balik keputusan elak kekeliruan. Keputusan kerajaan bahawa kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas seorang daripada pasangan itu menukar agama, bercanggah dengan hukum syarak, kata beberapa mufti semalam. Sehubungan itu, mereka meminta kerajaan menarik balik keputusan itu bagi mengelak kekeliruan, terutama di kalangan umat Islam.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata dalam Islam, mana-mana bapa atau ibu menganut Islam, anak mereka dengan sendirinya beragama Islam kecuali yang sudah berumur lebih 15 tahun boleh memilih agamanya sendiri. “Soal Islam tidak boleh dipermainkan, begitu juga dalam masalah hukum tidak boleh dibincang atau dipinda sewenang-wenangnya, sebaliknya perlu mendapat pandangan ulama, mufti dan pakar agama supaya tidak timbul kekeliruan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, berkata Kabinet membuat keputusan itu sebagai langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak apabila ibu atau bapa mereka menukar agama. Keputusan itu dibuat berikutan kes bekas penganut Hindu yang kini memeluk Islam, Mohd Ridzuan Abdullah, 40, menukar agama tiga anaknya kepada Islam, walaupun ibu mereka masih beragama Hindu.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, pula menegaskan, bapa lebih berhak dan anak-anak mesti mengikut agama yang dianuti bapa. “Apabila baligh mereka boleh menentukan agama yang ingin dianutinya, sama ada kekal dalam Islam atau sebaliknya. “Bagi saya kes ini membabitkan masalah manusia, bukannya hukum. Walaupun anak itu memeluk agama lain, hubungan mereka dengan ibunya tidak akan putus. Dalam Islam adalah haram sekiranya memutuskan hubungan persaudaraan, walaupun berlainan agama,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie, Mohamad Isa Abd Rolip, berkata sebarang perubahan yang ingin dibuat perlu mengambil kira undang-undang sedia ada serta pandangan semua pihak supaya tidak menimbulkan kebimbangan masyarakat Islam. “Keputusan itu seolah-olah satu dasar atau undang-undang baru yang perlu diikut, sekali gus menimbulkan kerisauan di kalangan umat Islam terutama saudara baru,” katanya.

Setiausaha Agung, Yayasan Maklumat dan Perkhidmatan Islam, Sabariah Abdullah, berkata sebarang keputusan atau kenyataan berkaitan isu pindaan atau perubahan dalam hukum Islam tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya. Peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi, Ikbal Salam, pula menyarankan bahagian khas syariah yang menguruskan isu penentuan hak jagaan anak-anak yang mana ibu atau bapanya memeluk Islam perlu ditubuhkan di Mahkamah Sivil. “Mahkamah Sivil juga perlu diberi kuasa menguruskan kes sebegini dengan melantik hakim yang terlatih dalam bidang sivil dan syariah bagi mengetuai bahagian khas itu supaya kepentingan pasangan yang memeluk Islam juga terbela,” katanya.


dihantar oleh: khalifahku
Editor: ar-ruhul JADEED

Wanita & Cinta

CINTA DAN KASIH SAYANG VITAMIN JIWA

KEPERLUAN KEPADA KEHIDUPAN BERKELUARGA


Wanita Yang Dikasihi sekalian,

Kehidupan masa kini secara tanpa disedari telah merubah fungsi dan struktur rumahtangga sehingga seringkali rumahtangga menjadi tempat yang membosankan dimana anak-anak sering merasa kekosongan dan kesunyian. Begitu juga suami, seringkali ditinggalkan isteri tanpa teman disisi. Tidak kurang juga isteri, sering keseorangan dan kesepian ketika suami sibuk mencari rezeki. Suasana yang meletakkan kepentingan material dalam kehidupan sebagai kepentingan utama telah mewujudkan sebuah rumahtangga yang kekeringan kasih sayang. Tanpa kasih sayang, maka jiwa akan sakit dan lemah dan mencari-cari vitamin untuk menguatkan jiwa. Maka wujudlah keadaan dimana anak-anak mencari kawan-kawan untuk melepaskan kesunyian dan kekosongan jiwa. Suami mencari wanita lain yang boleh memberikan perhatian dan kasihsayang buatnya dan begitu juga isteri, senang bersama lelaki lain yang sering menceriakannya dan mengambil tahu masalah hidupnya. Oleh itu untuk mengembalikan fungsi rumahtangga sebagai tempat dialirkan cinta dan kasihsayang sesama ahli keluarga, maka kita seharusnya merenungi akan peranan kita masing-masing dan cuba sedaya upaya melaksanakan tugas mengalirkan kasihsayang ini. Diantara Tips yang boleh digunakan oleh seorang isteri adalah seperti berikut:

1) Jadilah Penyenang Hati Suami dengan Membajai Hubungan Cinta

Cinta merupakan keperluan kepada fitrah manusia berumah tangga. Ianya mesti dipupuk, dibelai dan dibaja. Kehidupan suami isteri tanpa cinta ibarat tanah yang kering kontang dan akhirnya menyakitkan jiwa. Cinta biasanya dipupuk dengan menzahirkan tingkah laku yang menyenangkan dan mententeramkan hati suami.

Diantaranya cara menjadi penenang hati suami ialah memberikan perhatian ketika diperlukan, melayan dengan penuh ikhlas dan ceria, menjadi teman berbicara, menjadi tempat meluahkan perasaan dan masalah dan membantu suami ketika diperlukan. Allah juga mengurniakan satu mekanisma membaja cinta suami isteri dengan hubungan intim. Suami dan isteri harus menggunakan hubungan ini untuk membajai rasa cinta dan kasihsayang. Penampilan dan kecantikan akhlaq dan fizikal harus dijaga oleh seorang isteri bagi merangsang suami untuk melaksanakan amanah Allah ini.

2) Tips Mengalirkan Kasih sayang kepada anak-anak

Fitrah anak-anak perlukan kasih sayang, daripada bayi yang baru dilahirkan hinggalah kepada anak-anak yang dewasa. Seorang ibu yang bijak harus membahagikan masa dengan seimbang untuk mengalirkan kasih sayang kepada anak-anak samada yang kecil atau yang sudah meningkat dewasa. Anak-anak kecil lebih memerlukan sentuhan fizikal sedangkan anak yang besar memerlukan sentuhan rohani dan minda. Seorang ibu harus meluangkan masa bermain-main dengan anak-anak kecil dan bagi anak-anak yang sedang meningkat dewasa, banyak masa perlu diluangkan untuk memberikan nasihat dan pendapat, bertukar-tukar fikiran, menunjukkan jalan keluar kepada masalah mereka dan seterusnya membantu dan membimbing mereka dalam segala masalah hidup mereka. Tugas penting seorang ibu adalah mengajarkan kepada anaknya tentang Allah s.w.t. Contoh nasihat Luqman kepada anaknya:

3) Tips Bermohon kepada Allah Ya Rahman Ya Rahim (Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang)

Sesungguhnya Allahlah sumber kasih sayang yang terdapat pada manusia. Allah Ya Rahman Ya Rahim mampu mengalirkan kasih sayang antara ahli keluarga.

Diantara permohonan yang boleh diajukan kepada Allah untuk mendapatkan kasihsayang ialah:

“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alirkan kasih sayangMu buat kami sekeluarga agar dengan kasih sayangMu kami mampu hormati menghormati, nasihat menasihati, bantu membantu, harga menghargai, bertolak ansur dan tolong menolong sesama kami. Sesungguhnya kasih sayang itu milikMu dan Engkau berhak menanamkannya kedalam hati sesiapa yang Engkau kehendaki.”

Penutup
Semoga dengan beberapa tips diatas, dapat memberikan sedikit panduan kepada wanita Malaysia dalam menghadapi kemelut masalah social hari ini yang dilanda dengan masalah perceraian dan gejala sosial di kalangan anak-anak.

http://wanita3i.blogspot.com

Sunday, December 13, 2009

kecerdasan I.E.S

KECERDASAN I.E.S

Kecerdasan Intelektual yang lebih dikenali sebagai IQ ditemui pada tahun 1905 di Paris oleh Binet
Penemuan ini di bawa ke US dan kaedah mengukur IQ dicipta
IQ adalah kebolehan untuk memikir secara intelektual, kemampuan numerikal (berhitung), spasial (ruang) dan linguistik (bahasa)‏
Didapati wujud di fungsi otak Neocortex
Apakah EQ?
Kemampuan untuk memahami dan ikut merasakan apa yang dialami oleh diri sendiri dan juga orang lain serta kemampuan untuk membaca emosi orang lain atau situasi sosial tempat kita berada dan menanggapinya dengan tepat
Kecerdasan emosional juga adalah kebolehan untuk mengawal emosi atau mengendalikan dorongan hati (kegembiraan, kemarahan dan lain-lain)‏
Kemampuan seseorang untuk memotivasikan diri sendiri, bertahan menghadapi kekecewaan
Kecerdasan Emosional adalah fungsi otak pada Lymbic System yang ditemui pada tahun 1995 oleh Daniel Goleman
IQ, EQ sahaja tidak akan cukup di dalam membangun manusia secara seimbang
Contoh-contoh di mana seseorang yang mempunyai IQ tinggi tetapi tanpa SQ yang mantap ia menggunakan IQnya untuk mencipta perisian komputer yang boleh mencuri duit di dalam bank tanpa disedari.
Contoh-contoh di mana seseorang yang tinggi EQnya contohnya penyokong bola sepak tetapi dengan SQ yang rendah mereka sanggup bergaduh apabila pasukannya kalah di dalam pertandingan
Kecerdasan Spiritual adalah kecerdasan yang dijumpai baru-baru ini di fungsi otak yang ketiga di Temporal Lobe oleh V.S Ramachandran.
Fungsi saraf ini di namakan God Spot di mana manusia akan mencari makna kehidupan; untuk apa ia hidup.
Apabila manusia bekerja, pada masa itu fungsi saraf God Spotnya mencari tujuan ia bekerja
Apabila fungsi saraf ini tidak tersentuh, seseorang manusia akan menderita .

http://wanita3i.blogspot.com/

Doa Pengurusan




Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, sesungguhnya bebanan dan amanah yang berikan kepada kami ini terlalu berat dan kami hanyalah hambaMu yang diciptakan olehMu yang tidak punya apa2 keupayaan melainkan keupayaanMu yang Kau berikan kepada kami. Kami merayu dan memohon kepadaMu Ya Baari’ Yang Maha Perancang agar Kau berikan perancangan yang baik buat kami menguruskan aktiviti2 kami ini kerana sesungguhnya perancanganMu lah yang paling hebat. Ya Allah Ya Alim Yang Maha Berilmu, Ya Hakim Yang Maha Bijaksana dan Ya Rasyid Yang Maha Pandai, berikanlah kami ilmuMu yang tidak bertepi itu, agar dengan ilmuMu kami mampu melaksanakan tugas ini dengan cara terbaik.

Wednesday, December 9, 2009

Karnival Wanita

KARNIVAL DARI WANITA UNTUK WANITA


Nisa' Kampar telah berjaya menganjurkan Karnival Dari Wanita Untuk Wanita selama 2 hari bertempat di Sekolah Agama Raakyat AL-Huda. Perasmian disempurnakan oleh Pengarah Nisa' Perak, Pn. Haliza Hamidon. Karnival yang berlangsung selama 5 hari dipenuhi dengan progam dan aktiviti menarik. Antaranya First Step On Beuty, Queen of the Lesson, Sihat dan Ceria, One Voice and Iron Chef.




Vokalis ex-Raihan, Nazri Johani menghibur pengunjung yang hadir


Bergambar kenangan bersama AJK pelaksana Program dan Nazri Johani

Pemeriksaan Kesihatan

Jualan Pelbagai Produk Muslim

Bantuan Kepada Mangsa-mangsa Banjir

Bantuan Kepada Mangsa-mangsa Banjir
Pimpinan Nisa' & DMPN Perak mengiringi Datin Seri Fatimah Taat membantu mangsa-mangsa banjir di Bagan Serai pada 2 Oktober lalu. Pelbagai bantuan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat.