tab


Sunday, November 15, 2009

Tawaran istimewa

TAWARAN MENJADI AGENSI KORPORAT TAKAFUL MALAYSIA.

Tawaran Khas kepada sahabat-sahabat menjadi agensi Korporat Takaful Malaysia. Syarat permohonan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Pendaftaran atas nama syarikat bukan individu (minimum INTERPRISE, pendaftaran di ROC hanya RM 70 sahaja)
  • Kelayakan Minimum : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Operasi Perniagaan di Negeri Johor. Bagi operasi perniagaan di luar negeri Johor, sila hubungi untuk maklumbalas.
  • Mempunyai kemudahan PC / notebook dan akses Internet
  • Tempoh penyertaan dibuka sehingga 31 Disember 2009
  • Untuk maklumat lanjut tentang dokumen yang diperlukan sila hubungi atau sms ke 012-8699160 (Rijal) atau email bgx3660@yahoo.com

NOTA : Syarikat Takaful Malaysia Berhad adalah pengendali Takaful Pertama di Malaysia.

AGENDA MUSUH

JANGAN TERPERANGKAP DENGAN AGENDA MUSUH


Seluruh petugas parti diingatkan agar jangan terperangkap dengan agenda musuh dengan menghabiskan masa dan tenaga kepada perkara yang remeh temeh dengan menimbulkan polimik sesama sendiri, sehingga mengabaikan tangungjawab kepada usaha memenangi pilihanraya ke 13.

Kita mesti ingat bahawa selepas PRU ke 12 dan beberapa PRK yang kita lalui menyebabkan UMNO/BN berada pada tahap yang sangat kritikal. Sokongan rakyat kepada PR menyebabkan mereka beralih kepada strategi baru iaitu menimbulkan pergolakan dalaman parti-parti dalam gabungan PR dan mencetuskan agenda perbezaan pandangan dalaman parti PR. Strategi ini ternyata berkesan sehingga tiba-tiba sahaja muncul pelbagai pandangan dalaman yang berbeza sehinga mencetuskan kegawatan dalaman berlaku pada semua parti dalam PR. Sedangkan isu sebenar ialah pergolakan dalaman BN.

Kaedah mengalih perhatian diguna sepenuhnya oleh media perdana dan media baru sehingga kini dilihat berjaya. Pengalihan pandangan dan pemerhatian ini menyebabkan seluruh pemerhatian tertumpu kepada soal krisis yang diciptakan menyebabkan terlalu banyak masa, tenaga dan fikiran tertumpu kepada perkara yang tidak sepatutnya dihabiskan.

Kita mesti kembali kepada landasan kerja persiapan menghadapi pilihanraya:

  • Berapa ramai pengundi baru yang kita sasarkan dapat dicapai,
  • Bagaimana persiapan bilik gerakan
  • Semakan daftar pemilih terkini
  • Semakan rang yang dibentangkan
  • Bantahan yang perlu dibuat
  • Cadangan persempadanan pilihanraya, jawatankuasa persempadanan pilihanraya
  • Permasalahan kewangan setiap dun, parlimen, dan UPU

Apa tindakan kita untuk memastikan segalanya berjalan dengan cukup lancar? Ini yang perlu diberi tumpuan. Jangan kita terperangkap dengan agenda musuh agar kita menghabiskan masa kepada perkara yang bukan menjadi tugas kita. Dengan kata lain jangan anda habis masa, tenaga dan wang ringgit memikirkan masalah yang sebenarnya bukan masalah.

Dulu ada satu kisah enam orang pelabur berbincang untuk menjalankan ternakan kambing, cadangan sangat baik. Tetapi bila sampai kepada bagaimana pembahagiaan keuntungan, suasana mula tegang. Masing-masing rasa dia sepatutnya mendapat lebih banyak berbanding yang lain. Keadaan makin tak terkawal sehinggalah seorang yang lebih banyak berdiam diri dalam mesyuarat sejak awal berkata:

“Kita nak bahagi keuntungan, tapi di mana kambingnya. Kambing pun tak ada lagi, dah bincang untung rugi”.

Barulah mereka sedar rupanya mereka bincang perkara yang tak ada. Menghabiskan masa, tenaga dan memeningkan kepala saja.

Sekarang kita perlu sedar sebelum terlewat. Jangan masuk perangkap musuh yang sengaja menimbulkan perpecahan di kalangan kita. Di mana ukhuwah jamaah, sehingga kita menyerang sahabat dalam satu jamaah lebih hebat dari kita meyerang ‘musuh’ kita sebenar. Apakah sudah hilang ukhuwah jamaah, sudah hilang rasa sayang pada saudara sesama jamaah, sehingga kita sanggup memberikan peluru kepada musuh untuk menyerang sahabat kita. Saya yakin tanpa kita sedar sebenarnya kita sedikit demi sedikit telah termasuk dalam perangkap musuh.

TEMBOK SUK PERAK RUNTUH
FIKIR DENGAN MATA HATI



T
embok bangunan Perak Darul Ridzuan yang turut dikenali sebagai bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini runtuh selepas hujan lebat malam semalam menyebabkan sebahagian Jalan Istana ditutup kepada lalu lintas.

Kejadian yang berlaku pada kira-kira 9 malam itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim berkata sebahagian tembok sepanjang kira-kira 24 meter dan setinggi 2 meter itu dipercayai runtuh akibat tekanan air.

Bercakap kepada pemberita semasa meninjau kerja-kerja pembersihan yang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), beliau berkata siasatan awal mendapati longkang di sebelah tembok berkenaan tersumbat dan air yang bertakung telah menolak tembok itu.

Kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000, katanya.

Bangunan yang menempatkan pejabat Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Dewan Undangan Negeri Perak itu dirasmikan pada 2000. - BERNAMA

Monday, November 2, 2009

Jawatan Kosong

JAWATAN KOSONG

Assalamualaikum..
Berita Baik!! 2 kekosongan yang perlu diisi segera!! Cepat-cepat contact kawan-kawan yang dirasakan memenuhi kriteria berikut :-

Royalti Minyak Kelantan

Kenyataan Media

Saya merujuk kepada kenyataan YAB Perdana Menteri Malaysia di Dewan Rakyat pada hari ini 16 Zulkaedah 1430H bersamaan 4 November 2009, mengenai tuntutan royalti petroleum Kerajaan Negeri Kelantan.

1. Royalti atau Wang Ehsan?

Bersama kenyataan ini, saya kembarkan kenyataan media (media release) PETRONAS bertarikh 25 Jun 2009, yang juga boleh dilayari di laman web PETRONAS.

Saya petik apa yang ditulis;

Another RM6.2 bilion was paid in royalty payments to the state governments of Terengganu (RM3.0 bilion), Sarawak (RM2.3 bilion) and Sabah (RM0.9 bilion)

Perhatikan istilah yang digunakan – royalty payment to the state government of Terengganu, Sarawak and Sabah.

Pertama: Ianya ‘Royalty Payment’ termasuk kepada Terengganu dan bukannya ‘Wang Ehsan’

Kedua: ‘to the state governments’ bukannya diuruskan oleh ‘Kerajaan Persekutuan’.

Berasakan ‘media release’ rasmi PETRONAS ini, nyatalah kenyataan YAB Perdana Menteri di Parlimen bahawa bayaran kepada Terengganu sebagai ‘Wang Ehsan’ adalah salah dan ‘misleading’.

2. 3 Batu Nautikal

Pengeluaran petroleum di Sabah, Sarawak dan Terengganu juga berada di luar 3 batu nautikal.

Mengapa Sabah dibayar royalti, bukan ‘Wang Ehsan’?

Mengapa Sarawak dibayar royalti dan bukan ‘Wang Ehsan’?

Mengapa Terengganu juga dibayar royalti terus kepada Kerajaan Negeri?

Nyata asas yang disebut oleh YAB Perdana Menteri mengenai 3 batu nautikal adalah tidak berasas bagi kes-kes Sabah, Sarawak dan Terengganu. Ia sengaja digunakan untuk mendiskriminasikan Kerajaan dan Rakyat Kelantan.

3. Respon Kerajaan Negeri

Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan hari ini bersetuju melantik panel rasmi guaman untuk menasihati Kerajaan Negeri mengenai langkah selanjutnya yang perlu diambil sehingga tuntutan royalti minyak ini dipenuhi.

Antara isu yang dicadang dipertimbangkan oleh panel guaman ini ialah;

  1. Kemungkinan mengambil tindakan mahkamah membatalkan perjanjian penyerahan hak kepada PETRONAS untuk mencarigali dan mengeluarkan sumber petroleum di darat dan lautan Negeri Kelantan 1975 jika sekiranya tuntutan royalti tetap tidak dipatuhi.
  2. Kemungkinan untuk Kerajaan Negeri mengambil tindakan mahkamah di luar negara termasuk perintah injunksi menghentikan pengeluaran di JDA dan CAA yang melibatkan entiti dan syarikat antarabangsa.

Walaubagaimanapun, keputusan muktamad akan ditentukan kemudian selepas pandangan dari panel guaman tersebut.

4. Mengapa ‘Wang Ehsan’ harus diurus oleh Kerajaan Pusat?

Pengumuman YAB Perdana Menteri bahawa Kelantan hanya layak menerima ‘Wang Ehsan’ dan bukannya royalti dan wang ini pula akan diurus oleh Kerajaan Pusat adalah satu keputusan politik. Ia membelakangkan semangat federalisme, kedaulatan undang-undang dan penghormatan terhadap perjanjian dan penghormatan terhadap perjanjian dan menekankan kepentingan politik semata-mata.

Keberkesanan pengurusan oleh Kerajaan Pusat boleh dipertikaikan. Sebagai bukti, dengan jumlah royalti yang besar untuk Terengganu bagi tempoh 20 tahun lalu, masih gagal membenteras kadar kemiskinan yang kekal tinggi di Terengganu.

Kerajaan Negeri mencadangkan ‘Wang Ehsan’ ini dibayar kepada Kerajaan Negeri dan sebuah Badan Penyelaras Penggunaannya bolehlah ditubuhkan dan Kerajaan Pusat boleh menghantar wakil menyertainya untuk memantau penggunaan wang ini.

5. Sekali lagi kami berharap YAB Perdana Menteri berfikir semula dan mengambil kira tuntutan ini atas prinsip kesaksamaan, kedaulatan wilayah dan semangat federalisme yang utuh serta penghormatan perjanjian yang termaktub demi kesejahteraan dan keharmonian Negara Malaysia.

YB. DATO’ HAJI HUSAM BIN HAJI MUSA

PENGERUSI JAWATANKUASA PERANCANGAN EKONOMI,

KEWANGAN DAN KEBAJIKAN

AHLI MAJLIS MESYUARAT

KERAJAAN NEGERI KELANTAN

16 ZULKAEDAH 1430H

04 NOVEMBER 2009

KEPUTUSAN SIASATAN : TIADA BAI'AH "CERAI TALAK TIGA"

Menurutnya, kesemua negeri menggunakan lafaz bai’ah rasmi tersebut kecuali sedikit berbeza bagi wakil rakyat mereka di Selangor.

“Presiden kata benda ini (bai’ah talak tiga) tidak berlaku dan dia minta saya siasat semua negeri.”

“Semua negeri mengikut rasmi, ikut pusat kecuali Selangor, ada kelainan sedikit.” jelasnya.

Dalam sidang media di pejabat Agung PAS pagi tadi, beliau turut mendedahkan beberapa skrip baia’ah rasmi PAS yang diguna Abdul Hadi, beliau sendiri dan Mohammad Sabu.

Kesemuanya adalah sama dan tiada langsung berkait ‘cerai talak tiga’ kecuali yang ada hanya lafaz laknat jika mengkhianati parti.

“WaLlahi wa biLlahi wa taLlahi. Bahawa saya, Hj. Mustafa bin Ali yang diamanahkan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk bertanding dalam pilihanraya umu kali ke-12 dalam kawasan DUN N17 Alor Limbat bersumpah dengan nama Allah sama ada saya menang atau kalah di dalam pilihanraya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini,iaitu Islam.

“Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan ini (iaitu Islam), maka saya akan dilaknat oleh Allah, para Malaikat dan para pelaknat, ” lafaz baiahnya dibaca di hadapan wartawan.

Jelasnya, bai’ah yang dilakukan PAS sekadar mekanisme biasa bagi mengikat wakil rakyat parti demi memastikan para mereka tidak mengkhianati amanah parti.

“Oleh kerana PAS memperjuangkan Islam, maka menggunakan bai’ah…sama seperti BN sendiri, wakil rakyat yang menang diminta tandatangan satu surat tanpa tarikh yang ditujukan kepada Speaker (Dun dan Parlimen) memaklumkan bahawa dia meletak jawatan. Jadi, Surat itu digunakan bila wakil rakyat lompat parti.”

Tambahnya lagi, bai’ah PAS Selangor beberbeza dengan negeri-negeri lain mungkin disebabkan bimbang para wakil rakyatnya dibeli BN kelak.

“Ada kebimbangan akan ada wakil rakyat lompat parti sebab yang beli biasa parti pemerintah (Umno dan BN).”

Beliau juga menjelaskan bahawa beberapa pemimpin PAS yang menggunakan media untuk mengulas isu ‘bai’ah talak tiga’, telah pun diberi nasihat agar tidak mengeruhkan keadaan lagi.

Beliau juga menasihatkan pihak media agar tidak memanjangkan isu tersebut, setelah mendengar penjelasannya hari ini.


KUALA LUMPUR, 13 Nov: PAS hari ini mendedahkan bai’ah (janji setia) dengan lafaz menceraikan isteri dengan talak tiga adalah bukan lafaz rasmi dari parti itu.

Penafian itu dibuat Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali setelah beliau sendiri menyiasat dakwaan tersebut sebagaimana diarah Presiden Pas Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang.

Nisa' Perak di tugaskan untuk menghiasi pentas dan keceriaan

Alhamdulillah..Majlis Sambutan Aidilfitri PAS Perak telah selesai dengan jayanya. Sungguh teruja dan bersyukur pabila melihat begitu ramai hadirin yang hadir di majlis tersebut. Menjadi aura pembakar semangat utk terus bergerak. Arena Squre dibanjiri dengan hampir 10,000 orang dari pelbagai lapisan masyarakat. Kaum Cina turut menunjukkan jumlah kehadiran tertinggi selepas Melayu. Alhamdulillah. Jelas, PAS semakin diterima masyarakat.

antara kaum cina yg hadir

Majlis yang dijadualkan bermula jam 12 tengahari telah dipenuhi seawal jam 11pagi lagi. Pelbagai menu yang disajikan pula alhamdulillah laris seperti gorong pisang panas! Apa yang lebih membuatkan sy terharu adalah pendekatan yang digunakan oleh pimpinan2 negeri yang menjadikan tetamu dan hadirin yang hadir sebagai VIP. Mereka disambut dengan mesra. Berbeza benar dengan program2 yang pernah sy hadiri sebelum ini yang kebanyakannya rakyat yang meyambut VIP.

suasana penuh sesak dengan pengunjung

Suasana majlis turut dirancakkan lagi dengan pelancaran "Orang Muda Geng Kita" yang sememangnya menarik perhatian ramai pabila gimik perasmian diserikan dengan deruman lebih 20 motorsikal berkuasa tinggi. Ternyata golongan muda tidak kira dari pelbagai latar belakang semakin celik minda. Alhamdulillah. Mudah-mudahan bilangan mereka semakin bertambah..

motorsikal berkuasa tinggi

Himpunan Muslimat


HIMPUNAN MUSLIMAT ONE BLACK PERAK

Alhamdulillah, Himpunan Muslimat One Black Perak telah selamat berlangsung dengan jayanya di Dewan Ing Hua, Ayer Tawar pada 24 Oktober 2009.

Datin Fatimah Taat bersama Pemimpin Muslimat Perak


Himpunan One Black Perak adalah bertujuan untuk menyatakan sokongan muslimat Perak untuk membubarkan Dun di Negeri Perak ini yang berpunca dari tindakan kerajaan pusat merampas kuasa kerajaan Negeri Perak yang sebelum ini diterajui oleh Pakatan Rakyat. Kini, peralihan kuasa di negeri Perak dari Pakatan Rakyat ke Barisan Nasional adalah tindakan yang haram kerana telah sejelas-jelasnya melanggar Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Oleh itu, Dun di Perak sememangnya wajar dan wajib dibubarkan agar rakyat dapat membuat keputusan dan memilih pemimpin yang mereka inginkan. Dan ternyata itulah cara yang adil dan mengikut peraturan.

Kehadiran pimpinan2 Pakatan Rakyat, ahli2 dan kelab penyokong dari serata pelusuk negeri jelas menggambarkan bertapa besarnya harapan agar keadilan akan tertegak. Walaupun terdapat sedikit halangan dengan kehadiran ramai
"Sahabat Baik" dan anggota polis, ia tidak sedikitpun melunturkan semangat Muslimat. Tambahan pula himpunan ini adalah himpunan yang telah diluluskan. Tiada asbab untuk menganggu majlis ini. Selaku muslimat2 yang telah ditarbiah dengan sebaiknya, layanan yang baik turut diberikan buat mereka. Walaupun hati yang terluka masih belum sembuh. Apepun terima kasih juga atas kehadiran mereka.



InsyaAllah, usaha Muslimat tidak akan berhenti disini. Bahkan himpunan Muslimat ini lebih meningkatkan kesedaran dan kekuatan untuk Muslimat terus bergerak. Apapun, selaku muslimat yang faham tentang erti perjuangan ini, sama-samalah kita betulkan niat agar segala usaha kita mendapat redha dariNya. Mudah-mudahan berkat doa ibu-ibu mithali, isteri-isteri mithali, anak-anak solehah pada himpunan Muslimat tadi diperkenankan olehNya.

Pimpinan Muslimat Pusat , Hjh Zailah dan Dr. Mariah bersama turut serta memberi sokongan padu dan semangat kepada muslimat Perak untuk teruskan usaha untuk memantapkan gerakerja pilihanraya apabila DUN dibubarkan kelak.


SELAMAT BERJUANG !!!

Dr. Asri Ditangkap

Selamat Datang Ke Medan Perjuangan



DR MOHD ASRI dibawa untuk siasatan selepas ditahan di sebuah banglo di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, malam tadi.

Awal pagi ini , bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah ditahan oleh sekumpulan Pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Selangor dan anggota Polis yang menyerbu kediaman beliau.

Ini kononya kerana beliau tidak punya kebenaran untuk memberikan ceramah tetapi masih memberikan ceramah agamanya. Malan sebelum itu beliau telah memberikan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang.Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk Anggota Parlimen Ampang (KeADILan), Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang (PAS), Saari Sungib.

Mengulas lanjut penahanan itu, Zuraida kesal dengan sikap pihak JAIS yang bertindak seperti polis dan FRU, tanpa mahu bertolak ansur dan agak kasar terhadap bekas mufti itu.

"Saya kecewa pegawai JAIS seperti orang tak punya ilmu agama. Tiada budi bicara langsung," katanya di sidang media jam 2.00 pagi tadi di rumah yang sama.

Beliau turut menjelaskan kenyataan pihak JAIS yang mendakwa Dr Asri berfahaman 'Wahabi' yang dianggap menyimpang, sedangkan di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Zahid Hamidi telah mengesahkan bahawa fahaman itu tidak sesat.

Kata Zuraida, hairan sikap jabatan agama dan kerajaan, apabila Asri diizinkan berceramah di Perlis tetapi tidak di Selangor.

Dalam sidang yang sama, Saari juga menganggap kegagalan enakmen syariah telah menyebabkan tindakan pihak berkuasa agama bertindak secara terpilih dan bersifat poltik.

Dr Asri selepas dibebaskan sejam kemudian meminta Jabatan Agama membuat semakan dan menilai semula tindakan yang dilakukan ke atas dirinya.

"Cuba beritahu apa kriteria yang dia mahu... nak beri tauliah pada orang?

"Saya bekas Mufti. Ada PHD daripada UIA. Siapa yang buat keputusan untuk beri tauliah ini?

"Jika demikian, mereka telah menghalang orang untuk sampaikan ilmu," katanya dalam sidang media tergempar yang dihadiri oleh pihak media dan para jemaah yang mengikuti kuliahnya.

Katanya, masih ramai pensyarah di bawah seliaan beliau dan IPTA lain yang tidak diberi tauliah, walaupun layak untuk menerimanya sehingga menyebabkan sekatan ke atas mereka untuk menyampaikan ilmu dan kuliah kepada masyarakat.

Dr Asri juga merakamkan penghargaan kepada kedua-dua wakil rakyat PAS dan KeADILan itu, yang mempertahankan dan membela beliau ketika penahanannya tengah malam tadi.

"Ini tidak bermakna saya sertai politik. Mereka telah membantu saya...terima kasih.

"Terima kasih kepada yang menyokong dan pihak media yang membuat liputan," katanya dan sekaligus bersalaman dengan hadirin semua.

Suasana menjadi agak emosi seketika,apabila ada antaranya berpelukan dengan Dr Asri dan menangisi insiden yang tidak sepatutnya berlaku ke atas seorang tokoh agama.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Abdul Jalil Hassan dilaporkan berkata polis hanya membantu JAIS dalam operasi itu dan beliau tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung penahanan bekas mufti Perlis itu.

Dalam beberapa blog pro Umno pula turut menyiarkan berita penangkapan Dr. Asri sebaliknya dengan memutar belitkan fakta sebenar kononya Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat menginaya ulama dengan menahan Dr. Asri. Untuk pengetahuan umum JAIS tidak berada di bawah kawalan kerajaan Negeri sepenuhnya....sebaliknya lebih mengikut telunjuk pusat.

Di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat seperti Selangor dan Pulau Pinang sememangnya wujud kesukaran apabila nak menukar ketua jabatan di Jabatan Agama pun kerajaan negeri ditentang.chegubard