Krisis Politik Perak : Demokrasi tercabarMahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.Mahkamah Tinggi sebentar tadi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.
Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan. Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Allah Bersama dengan hamba2Nya yg memperjuangkan kebenaran..


Nizar - mB Sah




Tahniah Nisa' Perak !!!
Pada 25 April yang lalu, Bertempat Dewan Jubli Perak Bangunan Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor, Nisa' Malaysia telah menganjurkan Nisa' Indoor Games (NIG 2009) yang telah disertai oleh 14 buah negeri di dalam Malaysia dan disertai oleh 662 orang peserta. Program sehari itu dimulakan dengan perarakan dari kontigen yang mengambil bahagian dengan penuh meriah dan tradisi bersama dengan tag line masing-masing.
8 permainan rakyat telah dipertandingan iaitu Dam Haji, Dam Ular, Congkak, catur bagi kategori individu , Karem, dart dan batu seremban kategori berkumpulan untuk wanita 15 - 25 tahun dan kategori 26- 40 tahun. Pertandingan dibuka kepada ibu bapa, kanak-kanak dan sesiapa yang hadir bagi kategari umum.
Kontijen Perak telah menghantar 33 orang pemain bagi setiap kategori. Juara Keseluruhan Pertandingan disandang oleh Negeri Perak , dengan Tagline PULON YONG PULON.. Semangat Baru.. Boleh.. boleh.. boleh.. Perak No. 1... TAHNIAH KONTIGEN PERAK. Perak berjaya meraih 5 pingat Emas, 1 Pingat Perak dan 2 Pingat Gangsa...
