tab


Saturday, December 27, 2008

Nisa' Indoor Games 2008

NISA' INDOOR GAMES 2008 PERINGKAT NEGERI PERAK

Alhamdulillah, Syukur ke hadarat ILLAHI, Nisa’ Indoor Games 2008 Peringkat Negeri Perak telah berjaya dilaksanakan pada 21 Disember 2008 di Kawasan Berbumbung Taman Dr. Seenivasagam Ipoh Perak. Nisa' Games ini diadakan bertujuan untuk mendidik masyarakat ke arah gaya hidup sihat dan menghidupkan kembali permainan-permainan tradisional yang semakin lupus ditelan zaman. Selain itu program ini dapat mengeratkan hubungan siraturahim antara ahli-ahli Nisa' seluruh perak dan masyarakat sekeliling.



Pelbagai acara menarik telah dipertandingkan yang disertai oleh seluruh lapisan masyarakat yang terdiri daripada kanak-kanak, remaja dan dewasa. 15 kawasan telah menghantar wakil peserta bagi setiap permaianan dan ada penyertaan dari orang persoarangan yang berada disekitar taman DR. Antara acara tersebut ialah Catur, Dam Haji "Gergasi", Dam Ular "Gergasi", Karom, Batu Seremban, Ceper dan Congkak. Kesemua Acara mendapat sambutan hangat dan permainan Dam Ular “Gergasi” dan Dam Haji "Gergasi" berjaya menarik perhatian orang ramai.












Nisa' Indoor Games ini telah berakhir dengan ucapan perasmian penutup dan penyampaian hadiah oleh isteri Exco Perak kepada para pemenang. Johan Keseluruhan dimenangi oleh Kawasan Bagan Serai, Tempat ke-2 , Kawasan Bukit Gantang dan Tempat Ke-3, Kawasan Taiping. Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang gagal, jangan bersedih, apa yang penting semangat kesukanan dan terima kasih kerana mengambil bahagian.

Alhamdulillah, cuaca yang baik pada hari itu telah melancarkan perjalanan karnival tersebut . Syukran jazeelan diucapkan kepada semua tenaga penggeraka nisa' dan individu-individu yang turut bersama menjayakan program kali ini. SYABAS DAN TAHNIAH NISA' PERAK !

FeStiVaL Nasyid Nisa' 2008

Tambah Imej

Buat julung2 kalinya Nisa' Gopeng dengan kerjasama Islamic Student Club (UniKL -RCMP ) telah menganjurkan Festival Nasyid Nisa 2008 pada 19 Disember 2008 bertempat di Multipurpose Hall UniKL-RCMP . Antara objektif program ini adalah merialisasikan remaja muslim yang mencintai islam dan berakhlak melalui hiburan yang berlandaskan syariat. Ia juga memberi peluang kepada muslimat menunjukkan bakat dan kebolehan mereka disamping memberi hiburan alternatif kepada masyarakat setempat.

Alhamdulillah sambutan yang menggalakkan dari pelajar-pelajar sekolah, pelajar kolej perubatan diraja dan nisa' zon bandaraya yang memeriahkan lagi festival nasyid ini. Seramai 7 kumpulan Nasyid telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.Wajah keceriaan dan kesegar an terpancar pada wajah2 peserta nasyid.



Kumpulan Nasyid Jemputan Muslimin dari Kolej Perubatan diRaja, Kumpulan Sufi telah menghiburkan para hadiran sementara menunggu keputusan dari Ketua Hakim.



Majlis Perasmian Pembukaan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Wakil Pimpinan Nisa' Perak . Wakil Pentadbir dari Kolej Perubatan Diraja Perak juga ada bersama menyaksikan persembahan peserta nasyid. Tahniah kepada Nisa' Gopeng dan Islamic Student Club serta semua Jawatankuasa Pelaksa Program kerana telah berjaya menganjurkan Festival Nasyid ini. Diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. SYABAS DAN TAHNIAH !

Salam Ukhuwah Dari Nisa' Perak

Selamat Datang Ke Blog Nisa' Perak

Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNYa, lahirlah Blog Nisa' Perak. Insyallah kami akan memberikan infomasi terkini segala aktiviti yang dilaksanakan oleh Nisa' Perak dan Nisa' dari kawasan yang lain. Sebarang pandangan dan cadangan untuk memantapkan lagi Nisa' Perak, bolehlah salurkan pandangan anda di dalam blog ini..



Nisa' Perak

Connecting Youth
Penghubung Generasi Muda